Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, March 8, 2012

BR1M BAHAYAKAN KESIHATAN MALAH NYAWA PENERIMA !

Tengoklah pemimpin UMNO/BN terutama ahli Parlimen Rompin yang 'terror' sangat boleh jadi Ahli Parlimen Rompin di Malaysia dan diwaktu yang sama menjadi duta di Amerika Syarikat....memang membazir di kala Malaysia kekurangan wang dan kini sibuk untuk mengapungkan FELDA bagi mendapat sebanyak dana untuk PRU.
Memang BR1M dipolitikkan apabila ADUN BN (DUN Ibam) contohnya menyerahkan baucer setelah dibuat majlis khas penyerahan baucer BR1M, lebih2 lagi dikatakan PRU13 bila-bila masa akan diadakan. Sewajarnya pihak LHDN yang patut serahkan baucer.
Kesihan rakyat dibudakkan semasa penyerahan baucer BR1M di Dun Ibam.
Akhbar Sinar harian hari ini memaparkan kisah samun di FELDA Keratung 1 dan Keratung 2 di DUN Ibam. Kebetulan selepas ramai penerima BR1M baru terima dan ada yang dikatakan sudah tunaikan baucer. Sebelum ini ada penerim BR1m sebanyak RM500 belum sempat belanja telah kerugian RM10,000 bila rumah di samun. Ada juga baru nak menghantar borang BR1M meninggal dunia semasa menaiki motorsikal menghantar borang tersebut.

Program 'Touch-point'sebagaimana yang telah diumumkan oleh kerajaan iaitu BR1M di mana rakyat yang berkelayakan akan diberikan bantuan RM500 telahpun berjaya dinikmati oleh lebih 1700 penerima untuk fasa yang pertama ini bagi DUN Bukit Ibam.Dalam keadaan cuaca hujan seharian program ini telah selamat diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai BTAR..Habis semua jabatan dilibatkan seperti PDRM,JPAM,RELA serta urusetia dan pemimpin masyarakat kununnya bagi memastikan segala urusan pembayaran berjalan lancar.Ramai yang tidak perasan cara pemberian BR1M banyak menyusahkan rakyat dari menyenangkan dari jangka masa pendek dan panjang.
Memanglah rakyat tertentu (berkahwin dan pendapatan RM3000 ke bawah layak) dapat rm500 tapi darimana wang itu diperolehi? adakah dari lebihan keuntungan pelaburan negara atau kutipan negara yang berlebihan sebagaimana Negeri Selangor yang boleh selesaikan hutang negeri dan perolehi lebihan pendapatan hingga RM1.6 bilion.
Rakyat tahukah pihak yang bersungguh nak bagi BR1M kepada rakyat melalui ADUN BN memerlukan belanja/peruntukan tambahan nak sediakan kemah dan makanan serta upah bagi kakitangan yang melibatkan majlis penyampaian dan sedikit tazkirah/ceramah/kempen kepada penerima BR1m yang biasanya dibuat 500 orang bagi satu majlis.
Banyak masa terbuang melibatkkan penerima BR1m yang kebanyakan bekerja sendiri dan swasta perlu menghadirkan diri untuk mendapatkan baucer dan selepas itu kena habiskan masa beratus tunggu giliran bagi tunaikan cek/baucer di bank-bank yang dinyatakan.
Tahukah kita ada penunai cek yang telah ke bank kena pulang ke rumah apabila bank belum menerima kemasukan wang lagi? Apa semua yang layak di poskan cek dan penerima baucer bebas menunaikan cek di mana-mana bank yang mereka selesa berurusan dan berhampiran.

No comments: