Teman tak heran perangai UMNO yang sanggup kibarkan bendera Israel di PWTC tempat suci perhimpunan UMNO. Dalam perbahasan beriaia menguruk Israel dan mengujudkan tabung kumpul RM kunun untk bantu Palestin la , Gaza la dan sebenarnya UMNO boleh belah masa PRU13 nanti. UMNO peneraju BN yang mentadbir Malaysia tak iktiraf Israel tapi sebenarnya iktiraf barang dagangan dan idea Israel.Malaysia tak iktiraf Israel tapi bagi Israel bertapak di Malaysia dan ada Yahudi yang membuka kedai di Malaysia.
Kata Mustapa Mohamed “Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.
Tak iktiraf.. tapi boleh pula berdagang malah dibenarkan pula Syarikat dari Israel (ZIM Industries Sdn. Bhd.) bertapak di Malaysia..
Laporan ini juga menyatakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis.
Perlu kita faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan Yahudi itu bukanlah puak-puak Zionis yang menguasai dan menubuhkan negara haram Israel itu..
Kerajaan akui hubungan dagang dengan Israel
KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.
Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan disambung esok.
Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.
“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.
Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Makhtar Mustafa serta Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Nordayanah Hassan.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis.
Abdul Hadi berkata, bangsa Yahudi pernah menjalankan hubungan perniagaan dengan Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah. Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik Kerajaan Pusat menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.
Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kelantan berkata, hubungan perdagangan dengan Israel melibatkan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat multinasional.
“Namun dari segi politik kita memang tidak langsung menyokong mereka dan masih menganggap mereka masih sebagai musuh dalam Islam, Insya-Allah saya akan beri penerangan mengenai perkara ini di Parlimen dalam masa terdekat,” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dengar cerita anwar tengah panas dengan ulasan ko ni, sebab pasal israel/yahudi ni sensitif sikit. anwar terang-terang menyokong keselamatan negara israel. bekas pemimpin tertinggi pkr pun menyatakan pkr ada hubungan dengan KAF. so, kalau ko keluar kenyataan yang proisrale/yahudi, macam hadi, mesti anwar suka.
pas sebenarnya dipandang rendah oleh pkr bila anwar tidak menghormati tok guru dengan tidak mengendahkan arahan tok guru dan keputusan dewan ulama pas supaya anwar menarik balik kenyataannya. tok guru dengan dewan ulama tak rasa kecik hati ke?
kenyataan hadi yang menyokong berurusan dengan yahudi sebenarnya hanyalah sebagai 'damage control' yang dibuat oleh anwar. kesian pas kene cover anwar.
pas terpaksa meng'halal'kan hubungan dengan yahudi sebab anwar, jauh bezannya dengan mahathir yang berjuang habis-habisan untuk orang palestin. kenapa hadi tak keluarkan kenyataan mempertahankan hak palestin? sebabnya senang, nak jaga hati anwar.
Post a Comment