Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 20, 2012

ALHAMDULILLAH , AGM KE10 PASBS2 SELAMAT BERSIDANG HINGGA TENGAHMALAM !


Syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya dapat kami jalankan kewajipan mengadakan mesyuarat Agung PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 Kali ke 10 di markaz jalan Seroja 1 pada jam 9.30 malam. Inilah julung kali buat AGM(Mesyuarat Agung) pada malam hari.
Walaupun begitu Alhamdulillah perasmi YBHG Tuan Haji Muhammad Idris Bin Ahmad selaku YDP PAS Kawasan sudi hadir walau kedapatan kekurangan yang ada. Sebelum perasmian sedikit ucapan yang merupakan ucapan yang berupa tazkirah, peringatan dan info yang amat berguna bagi ahli PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 bagi bekal dalam perjuangan yang tidak kenal penat dan letih hanya kerana keredhaan Allah serta keadilah Islam itu sendiri.Beliau mengingat
Ketua Cawangan PASBS2 Abg Zul juga dapat hadir walau bertugas di seberang laut. Beliau merupakan ahli korporat yang banyak menyumbang untuk PASBS2.
Walaupun agm kali ini tidak melibatkan pemilihan namun bila masuk agenda usul yang melibatkan isu panas, mesyuarat terus hangat dan mata segar sehingga melangkaui jam 12 malam.
Walaubagaimanapun agm selesai dengan baik dan satu Task Force telah dibentuk bagi menangani isu agama dan isu-isu semasa yang berlaku.




4 comments:

budakbalun said...

Siru 'alaa barakatillah sahabat2 BS2! Syabas dan istiqamahlah dalam perjuangan yang tidak menuntut kehinaan diri dimata manusia tetapi darjat yang tinggi di sisi Allah SWT!

Anonymous said...

bersidang sampai tengah malam? sampai pukul 3 pagi ke? muslimat pas ada sekali ke? bahaya ni, takut nanti jadi macam ostat bad 3 pagi nanti.

Anonymous said...

bersidang sampai tengah malam? macam ada problem mcm persidangan dekat kedah je. ada jugak ke puak erdorgan a.k.a anwarinas dkt PASBS2.

kenapa orang-orang pas lebih ikut cakap anwar daripada presiden sendiri? hairan betul aku, sebab rasanya orang pas dah baiah talak 3 dah untuk patuh pada parti dan presiden. kecik hati hadi

zul_neem said...

assalamualaikum

hanya mereka-mereka yang hadir didalam mesyuarat itu,lebih mengetahui dan lebih maklum daripada tukang-tukang karut yang penuh prasangka lagi tidak mengetahui.