Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, February 9, 2012

RAHSIA BESAR , BN TERSASAR

Bercanggah dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa
mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
mkini



2 comments:

zul_neem said...

assalamualaikum

Didapati dan ditekankan bahawa rakyat malaysia baik betina dan jantan yang memegang passpot antarabangsa malaysia dihalalkan berkunjung,melawat,makan angin,berjalan-jalan,merayap,bermastautin,bermusafir dan bersiar-siar dimana-mana tanah,kawasan,negeri atau negara yang ada diatas planet(bumi)ini tapi diharamkan keatas satu nama negara pengganas lagi malaun yang bernama ISRAEL.Apa dah jadi kepada kerajaan Malaysia(BN) yang mengeluarkan passpot antara bangsa untuk rakyatnya dan ada satu jabatan khas atau kementerian yang yang menjaganya telah bertindak sebalik dengan membiar pengaliran hasilannya keisrael zionist.Why not,america is our friend and israel too.ha ha ha ha

Anonymous said...

1 biji sawit 1 peluru...
kami anak felda tak rela titik peluh kami dihantar ke Israel...kami tak halalkan dunia dan akhirat...