Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, February 8, 2012
MELAYU TAPI JPN TULIS INDIA !
'Saya Melayu, tapi dalam cip MyKad, saya India !!!'
DOKUMEN MyKad merupakan kad identiti diri yang amat penting kerana ia dapat membezakan sama ada individu itu warganegara mahupun bukan. Segala data yang tersimpan di dalamnya merupakan butiran peribadi yang akan diguna pakai apabila kita hendak membuka akaun bank atau lain-lain apatah lagi mendaftar sebagai pengundi.
Namun apa yang berlaku kepada saya amatlah dikesali. Data yang terdapat di dalam cip MyKad saya telah tersilap. Selama saya memegang MyKad tersebut, saya tidak menyedari bahawa data bangsa yang dimasukkan ke dalam cip MyKad saya menunjukkan saya berbangsa India sedangkan saya adalah Melayu.
Saya hanya menyedari hal tersebut sewaktu saya pergi ke KWSP Shah Alam untuk membuka akaun. Pegawai tersebut bertanyakan pada saya mengapa data bangsa saya tertulis India sedangkan secara terang-terangan saya adalah Melayu.
Jika dilihat pada surat beranak saya juga jelas menunjukkan ibu dan bapa saya adalah Melayu. Maka sudah pastinya saya juga berbangsa Melayu.
Hal ini bukanlah pertama kali terjadi. Perkara yang sama juga berlaku sewaktu saya mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
Saya berasa terkilan apabila mendapati terdapat kesilapan mengenai data peribadi saya pada kad rawatan. Saya telah menegur jururawat yang mencetak data tersebut kerana ini merupakan hal yang sensitif.
Mereka seharusnya menyemak terlebih dahulu sebelum memberikan kepada pelanggan. Namun kini saya menyedari bahawa kesalahan tersebut bukanlah berpunca daripada kesilapan jururawat tersebut tetapi kelalaian pihak Jabatan Pendaftaran Negara sendiri sewaktu memasukkan data peribadi ke dalam cip MyKad saya. Pihak hospital hanya memindahkan data yang terdapat pada MyKad sahaja.
Saya telah membuat MyKad buat pertama kalinya di JPN Taiping. Kali pertama saya membuatnya sewaktu saya berusia 12 tahun dan kemudian menukarkannya sewaktu umur saya mencapai 21 tahun. Namun kini saya terpaksa menukarnya lagi setelah mendapati data yang dimasukkan adalah salah. Saya kini menetap di Shah Alam. Pada 2 Februari 2012, saya telah pergi ke JPN Shah Alam untuk memaklumkan bahawa data yang terdapat pada MyKad saya adalah salah.
Namun, apa yang saya kesali pegawai di JPN Shah Alam seakan-akan mengambil mudah kes saya ini.
Dia seolah-olah menyatakan bahawa ia adalah kesalahan saya yang tidak menyedari terdapat kesalahan pada MyKad tersebut. Dia meminta saya menunjukkan bukti iaitu surat beranak saya.
Namun, sudah pastinya saya tidak membawanya pada ketika itu kerana niat saya bukannya untuk menukar MyKad saya.
Saya terus ke JPN Shah Alam apabila mendapat tahu data yang terdapat dalam MyKad adalah salah. Oleh itu, lebih baik saya membawa surat beranak daripada membawa MyKad yang boleh diragui data di dalamnya.
Jika kita lihat pada MyKad, yang tercetak di hadapannya hanyalah kewarganegaraan, agama, dan jantina. Tidak tercetak data bangsa pada MyKad tersebut. Jadi bagaimana saya dapat mengetahui sama ada data yang terdapat di dalam cip MyKad saya betul atau tidak. Dan sudah pastinya saya meletakkan sepenuh kepercayaan pada pegawai di JPN Taiping yang memasukkan data ke dalam MyKad tersebut.
Saya telah membuka pelbagai akaun malahan mendaftar sebagai pengundi menggunakan data di dalam MyKad tersebut. Dan kini baru saya menyedari bahawa terdapat kesalahan pada data tersebut. Pastinya apabila saya mendapat MyKad yang baru, saya perlu memperbaharui data pada semua akaun saya. Saya yang menanggung akibat di atas kesilapan orang lain.
NISHA SHAH
Shah Alam, Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment