Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, January 14, 2012
EN EF SI DI BEKU ! TAHNIAH PAKATAN RAKYAT
KUALA LUMPUR – Kerajaan mula mengambil tindakan yang lebih tegas dalam isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila membekukan semua aset milik perbadanan itu. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar pula diarahkan agar mengawasi perjalanan perbadanan berkenaan.
Arahan berhubung langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar di Perak, sebentar tadi.
NFC diPengerusikan oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. NFC menjadi perhatian dan diasak pembangkang apabila pihak Jabatan Audit Negara menyebut projek tersebut berada dalam kedaan kacau-bilau dalam laporan terbaru meraka yang diterbitkan akhir tahun lalu.
Antara yang dipertikaikan banyak pihak adalah tindakan NFC yang menggunakan dana yang diperuntukan untuk membeli beberapa unit kondominium mewah dalam dan luar negara. Terkini, Shahrizat beberapa hari lalu mengumumkan akan bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes NFC secara bebas sepenuhnya.
Selain pembangkang, beberapa pemimpin UMNO seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut mengesa Shahrizat agar meletak jawatan dan jangan menjadi liabiliti kepada kerajaan dan parti.
Mengulas mengenai cuti panjang Shahrizat, Najib berkata, itu adalah satu tindakan yang tepat. Katanya, menteri berkenaan telah berbincang dengan beliau dan bersetuju tindakan lanjutnya tertakluk kepada hasil siasatan SPRM. ~mynewshub
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment