Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 20, 2012

CIKAI BETUL SISTEM KOMPUTER SPR !

Dah berpuluh tahun merdeka dan dah berganti pengerusi SPR hanya nak bersihkan daftar undi kena guna khidmat MIMOS? Tak boleh buat sendiri ke? Dan tak silap teman Sistem Komputer SPR dah diupgred dan mesti ada pakar dan orang komputer dalam SPR, tapi kenapa tidak boleh bersihkan daftar undi? Hantarlah kursus bagi bijak sana dan sini. Kalau tak ambilah teman jadi jururunding cuma bayor RM10k sebulan ada keta dan rumah cukuplah.kontrak 3 tahun pun tak per.Tapi teman minta tak banayak cum RM10K murah sangat berbanding anak tukang jaga lembu sampai RM45K sebulan.

Tan Sri Abdul Aziz Yusof
KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam memaklumkan pihaknya sudah mengemukakan senarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) bagi tujuan pembersihan daftar pemilih.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, senarai itu dihantar akhir tahun lalu tetapi tidak menetapkan tempoh siap pembersihan itu.

Pembersihan senarai itu, katanya adalah antara 10 cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC)


“Kita tidak memberikan tempoh tertentu tetapi berharap senarai itu dapat dihantar sebelum laporan awal dihantar ke Parlimen,” katanya selepas menghadiri Majlis Taklimat kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Peringkat Negeri Pahang di Kuantan, semalam.

SPR turut bersetuju melaksanakan enam lagi cadangan termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal anggota polis dan tentera, tempoh pameran Rang Daftar pemilih selam 14 hari, dan pemansuhan proses pencalonan dan tempoh penarikan pencalonan.

Beliau berkata, tiga lagi cadangan PSC masih dalam kajian SPR ialah berkaitan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir luar negara.

Abdul Aziz turut memaklumkan mengenai kesilapan pengisian Borang A oleh Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) menyusahkan suruhanjaya itu.

Justeru, SPR terpaksa menamatkan pelantikan 198 PPP dan 90 lagi diberi amaran.

No comments: