Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, January 20, 2012
BUDAK LELAKI DAH, PEREMPUAN PUN SUDAH, KINI MENANTI PONDAN PULAK!
Sebelum ini pelajar lelaki dan kini Pelajar USM pula mengugut mengebom helikopter PM. Bagaimana budak yang ugut nak bunuh Tok Guru Nik Aziz? Kalau teman, gertak dalam twitter tu atau amaran terakhir pada sesiapa yang celupar atau menulis sebegitu rupa dah ler.Kalau degil juga baru hantar polis. Ini tidak, baru guna 3 perkataan dan ada sebut buhun jer macam kes Azwan Ali guna twitter dah kena tangkap.
Tang kes Prof Koo Kay Kim pula yang terus terang mengatakan tiada bukti Hang Tuah bersaudara ujud tak pula rasa sensitif orang Melayu UMNO terutama PERKASA dan tertinggi PM DS Najib yang memang orang Melayu, Walaupun teman kin dah kata Melayu tak relevan namun dari segi fakta kenapa dah 60 tahun UMNI memerintah tiba2 ada pula kajian kata Hang Tuah tak wujud. Banyak buku bagai nak rak telah banyak dicetak, dijual dan dibaca dan disimpan diperpustakaan, dalam internet dan sebagai rujukan. Lagi berumur UMNO/Bn lagi teruk hasil sejarah yang berlaku.
Saya petik:
[kosmo] ALOR SETAR — Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.
Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.
"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu,” katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.
Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.
"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan,” kata Ahmad.
Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.
"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu,” katanya.
Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.
"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. -BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment