Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 8, 2011

UMNO DAH TADA APA LAGI ! IBARAT AMERIKA YANG MUFLIS TAPI BERLAGAK KUAT SEBAB PEGANG POLIS DUNIA

Komen : Pakatan Rakyat perlu menang untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Kalau pilihan kali ini Kalah lagi, salahkan diri sendiri UMNO mengakui yang pilihanraya kali ini merupakan ibu kepada semua pilihanraya. UMNO menganggap ia sebagai ibu kepada semua PRU kerana UMNO menganggap pertukaran pemerintahan dari mereka kepada pihak lain itu merupakan satu jenayah dan tidak boleh dan tidak patut berlaku. Kepada negara-negara lain yang mengambil demokrasi sebagai cara politik mereka, pertukaran pemerintah itu adalah perkara biasa dan ia nya adalah hak rakyat ramai untuk menentukkan kepada siapa yang mereka hendak berikan mandat untuk mentadbir mereka. Di antara parti buruh dan conservative di Britain tidak tahu berapa kali pertukaran pemerintahan di antara kedua-dua parti itu dan sekarang pula adalah kerajaan campuran conservative dengan liberal democrat. Di negara kita lain pula keadaannya. Pada UMNO rakyat mesti mendengar semua cakap dan arahan mereka. Hak rakyat hanyalah untuk pergi ke peti undi dan pangkah lambang dacing sahaja….tidak payah berfikir dan tidak payah membuat penilaian terhadap mereka. Rakyat hanya diarah untuk jadi burung balam sahaja…mengangguk walaupun tidak bersetuju. Jika ada rakyat yang berbeza pendapat atau pun menyebelahi parti-parti lain rakyat ini akan dikatakan pengkhianat, pembelot, anti Melayu, anti Islam, DAP mengkristiankan orang Melayu, DAP nak jadikan negara ini negara republik dan sebagainya. Walaupun DAP parti halal, siapa yang menyertainya adalah pengkhianat dan pembelot seperti yang di ungkapkan oleh Muhyiddin Yassin. Saya tidak tahu parti halal itu adalah parti pembelot. Rakyat, khususnya orang Melayu ditakut-takutkan oleh UMNO yang Melayu akan hilang di dunia ini dan hanya UMNO sahajalah yang berkebolehan untuk menyelamatkan orang Melayu….seolah-olah tidak ada elemen-elemen lain yang boleh menyelamatkan bangsa yang di pimpinnya seperti kehendak tuhan dan afa’al tuhan. Pemimpin-pemimpin UMNO pergi sejauh menuduh DAP sebagai pencetus 13 Mei dan isu inilah yang di timbulkan setiap kali pilihanraya tiba. Pemimpin mereka akan berkata yang UMNO sahaja yang boleh memberi mereka makan. UMNO sahajalah yang boleh melanggar undang-undang kerana pengaruh UMNO boleh memberikan ‘immunity’ kepada penjenayah kolar putih. Hanya UMNO yang boleh memberikan pinjaman ratusan juta jika isteri atau suami mereka berada di dalam kabinet. Jika Shahrizat Jalil itu hanya seorang bidan di klinik desa, suaminya tidak akan dapat mendapatkan pinjaman RM250 juta dan membelanjakan wang hasil pinjaman mudah dengan interest hanya 2 peratus itu untuk membeli kondominium, dua lot tanah di Putrajaya, kereta Mercedez dan bercuti keluar negara serta mengerjakan Umrah. Hebat betul bila dapat jadi menteri walaupun mengikut jalan belakang. Hanya UMNO boleh melanggar undang-undang dan perjanjian dan hanya UMNO boleh memasukkan atau mengeluarkan sesiapa dari penjara. Hanya UMNO boleh melakukan penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu seperti yang berlaku pada tahun 1993 dahulu yang di ketuai oleh Dr Mahathir Mohammed. UMNO merupakan satu ‘tool kit’ untuk sesiapa yang memegang parti ini tetapi sekarang ini sudah terlalu banyak trend yang membuktikan rakyat sudah berani menentang ‘hegemony’ UMNO ini. Kenapa rakyat sudah berani? Jawapannya ialah kerana rakyat sudah tahu rupa-rupanya negara ini mereka yang punya, bukannya kepunyaan UMNO seperti yang mereka sebut dari dahulu hingga sekarang. Rakyat sudah insaf yang segala yang UMNO katakan itu kebanyakkannya merupakan tindakkan menyesatkan pemikiran mereka. Rakyat baru sedar sekarang ini UMNO hanya mempunyai 56 kerusi parlimen di Semenanjung dan 13 lagi kerusi di Sabah dan jumlahnya hanyalah 69 kesemuanya. Rakyat sudah mulai sedar yang UMNO bukanlah parti yang memimpin parlimen itu dalam erti kata yang hakiki. UMNO hanyalah parti yang sudah begitu kecil penyertaan dan Dewan parlimen jika dibandingkan dengan masa-masa yang lalu. UMNO sekarang sudah menjadi parti yang menadah tempurung untuk mendapatkan lanjutan kuasa yang mereka telah alami sejak dulu lagi. Rakyat sudah sedar yang rupa-rupanya UMNO bukanlah parti yang ‘invincible’ dan boleh diketepikan oleh rakyat apatah lagi dalam keadaan UMNO yang paling lemah dalam sejarah 23 tahun kewujudan parti itu. Baru sekarang UMNO hendak mencari calun-calun boleh menang tetapi sayangnya ia dilakukan semasa parti itu sudah tidak ‘winnable’ lagi. UMNO sesungguhnya sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling teruk dalam sejarahnya. Sebagaimana yang saya katakan tadi, di Semenanjung UMNO hanya mempunyai 56 kerusi dan ditambah dengan 13 kerusi dari Sabah yang belum tentu dapat bertahan atau tidak ke mana. Rupa-rupanya UMNO hanya mempunyai 20% suara dalam parlimen dan tahulah kita sekarang kenapa pemimpinnya bercakap bergegar-gegar dalam semua perjumpaan dalam persediaan menghadapi rakyat dalam tempoh yang terdekat ini. Barulah rakyat sedar yang BN selepas pilihanraya ini hanya ada satu parti di Semenanjung ini kerana MCA dan Gerakan sudah hampir pupus dari scenario politik perdana negara ini. MCA dibawah kepimpinan CSL yang famous itu merupakan zaman yang paling getir dalam sejarah parti itu. Dijangkakan hampir semua baki-baki kerusi MCA itu akan hilang dan parti itu tidak akan lagi menjadi parti yang mempunyai apa-apa 'consequence' selepas ini. Jika UMNO keseluruhan hilang 10 lagi kerusi kali ini ianya memberi makna yang UMNO sudah sampai ke penghujung hayatnya. Kalau UMNO mendapat kurang dari jumlah kerusi yang mereka menangi di dalam pilihanraya dahulu, waimma dengan hanya satu kerusi tambahan UMNO sudah boleh kita anggap secara ‘conclusive’ yang parti itu sudah mati dari segi hakikatnya. Kalau keadaan itu berlaku keyakinan ahli-ahli UMNO sendiri akan menurun, apatah lagi bagi Melayu atau rakyat yang tidak menyertai mana-mana parti. UMNO sudah hilang kelayakan untuk memimpin BN kerana parti yang angkuh ini hanya mempunyai 23% perwakilan di parlimen. Apabila BN kehilangan komponen yang kedua terbesar dalam BN iaitu MCA maka BN tidak lagi mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin komponen yang suatu ketika dahulu gagah dan perkasa. UMNO tidak akan lagi dihormati dan disegani oleh parti-parti komponen yang berada di dalam BN keseluruhannya. Itulah sebabnya saya pernah berkali-kali mencadangkan supaya negara ini mempunyai politik yang baru. Kita terpaksa mencari seorang pemimpin Melayu yang dihormati oleh semua kaum samada cina, India mahu pun semua bangsa di Sabah dan Sarawak. Kita terpaksa memulakan keadaan politik baru yang di pimpin oleh seorang yang berpengalaman untuk berbincang dengan ketua-ketua semua kaum seperti yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dahulu. Dalam proses ini maka terpaksalah setengah pihak untuk berkorban bagi menjamin kestabilan politik negara di masa-masa yang akan datang. Pengorbanan boleh dilakukan dengan pengunduran pemimpin-pemimpin parti yang menjadi isu terbesar yang menyebabkan komponen yang memimpin negara tidak diyakini rakyat lagi. Latar belakang politik hari ini tidak membolehkan lagi UMNO menjadi tunjang kepimpinan negara. UMNO seperti yang berlaku di Selangor hanya menjadi penghasut dengan mencari cari siapa yang mahu berhadapan dengan kamera TV untuk membuat bantahan kepada perkara dan isu yang kecil terhadap kepimpinan Khalid Ibrahim. Di P Pinang, di Kedah dan Kelantan hanya UMNO dan pemimpin mereka hanya mencari kesalahan-kesalahan pentadbiran negeri pimpinan PR itu seperti orang mencari kutu. UMNO dan BN tidak pula membuat demonstrasi terhadap parti dan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kerugian PKFZ yang melibatkan RM12 billion. PKFZ merupakan ibu kepada segala skandal pemimpin menjahanamkan wang rakyat. Skandal yang begitu besar skalanya ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA, termasuk melibatkan PM semasa itu yang begitu lalai dan tidak bertangjawab terhadap kos pembelian tanah yang begitu tinggi. Ahli-ahli UMNO serta pemimpin UMNO Selangor yang tidak terlibat dengan skandal ini untuk berdemonstrasi besar-besaran jika benar ahli-ahli UMNO benar-benar hendak mencari ketelusan dan kejujuran pimpinan semasa BN berkuasa itu. Oleh itu rakyat Selangor terutamanya wajar membawa kes ini ke mahkamah rakyat dan membuat keputusan yang jelas di dalam pilihanraya yang akan datang. Jika UMNO hilang 10 kerusi parlimen dan MCA kehilangan keseluruhan kerusi-kerusi yang berbaki sebanyak 15 lagi itu, maka BN akan berhadapan dengan akhir kalam politik mereka. Tetapi itu adalah biasa sebagai sebuah negara demokrasi. UMNO boleh duduk di kerusi-kerusi pembangkang di dalam semua dewan legislatif negeri-negeri dan persekutuan. Apa salahnya duduk di bangku pembangkang pula kali ini. Kalau kita main gasing kedua-dua belah pihak mesti mengambil giliran untuk memusing gasing dan memangkah gasing-gasing itu. BN selama ini hanya di pihak yang memangkah, kali ini BN patut bersetuju untuk memusing pula. Itulah demokrasi. Kita tengok pula, jika Pakatan Rakyat memimpin Putrajaya, berlaku kah atau tidak pinjaman mudah sebesar RM250 juta dari kerajaan untuk memelihara lembu seperti yang dilakukan oleh BN yang sedang mentadbir Putrajaya sekarang ini. Kalau PR memerintah adakah kejadian seperti membeli peralatan ketenteraan yang di gandakan harganya berlipat kali untuk kepentingan syarikat kroni seperti yang berlaku sekarang ini? Jika pihak PR menjadi PM akan adakah PMnya menggunakan harta rakyat dalam jumlah berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar dalam perniagaan perkapalannya seperti yang pernah berlaku beberapa tahun dahulu? Agak-agaknya kalau pemimpin PR menjadi Menteri Besar mana-mana negeri adakah agaknya MB itu tertangkap menghantar wang sebanyak RM10 juta keluar negara secara haram melalui penggurup wang yang ‘dubious’ seperti yang dilakukan oleh seorang MB tidak berapa lama dahulu? Banyak lagi persoalan tetapi masa dan ruang tidak memberikan saya peluang untuk menyenaraikannya satu persatu. Tetapi secebis yang di sebutkan itu sudah cukup untuk membuat keputusan secara ‘conclusive’ dalam pilihanraya yang akan datang. Yang penting, keputusan kita mestilah satu keputusan yang akan dapat menghindar apa yang saya sebutkan tadi berulang lagi. Jika mereka yang melakukan itu masih mendapat mandat jangan bersungut lagi. Salahkan diri sendiri. Posted by Aspan Alias

No comments: