Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, December 8, 2011
ANTARA RM 9.5JUTA BUAT MASJID DENGAN BELI KONDO
PAS akui hanya bina sebuah masjid di K'tan
KELANTAN BUAT MASJID JUBLI dengan nilai RM9.5juta dengan duit negeri. Dari segi kegunaan Masjid untuk orang ramai bersolat dan aktiviti lain.
Keluarga Shahrizat beli kondo guna RM9.8 juta wang rakyat yang diseleweng(Projek lembu beli kondo kira selewengla) hanya untuk beberapa individu bukan untuk rakyat yang ramai.
Kerajaan PAS Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di Rantau Panjang daripada wang sendiri tanpa bantuan kerajaan pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.
Gambar: MASJID Jubli Emas Sultan Ismail Petra yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata masjid lain di seluruh negeri dibina oleh kerajaan pusat.
"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan PAS ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari kerajaan pusat," katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, PAS tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.
Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh kerajaan persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.
Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment