Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 1, 2011

TAK SANGKA PERWAKILAN WANITA & PUTERI DIPERBODOHKAN KETUA WANITA UMNO

Ramai tukang angguk dalam perwakilan wanita PEKEMBAR(UMNO) dan puteri PEKEMBAR(UMNO) terlupa bahawa amaran Shahrizat agar tidak mengutarakan atau persoalkan kes suami beliau berkenaan NFC tidak berlaku lagi adalah diajukan kepada mereka (perwakilan) bukan kepada Zuraidah PKR . Kalau ikut logik dalam Perhimpunan UMNO dalam Dewan PWTC tersebut bukan ada Zuraidah PKR yang ada perwakilan. Sebenarnya Shahrizat bimbang dan risau jika ada perwakilan yang akan membangkitkan kes NFC yang sukar beliau jawab.
Kalau benar UMNO dah berubah perwakilan wajar bangkitkan persoalan pemimpin UMNO yang masih melakukan rasuah dan menggunakan wang rakyat tanpa merasa bersalah.

Lagi satu perkara, perwakilan wanita dan puteri harus bangkitkan kenapa PEKEMBAR singkatan Bahasa Melayu bagi UMNO tidak digunakan? Padahal Parti Pakatan Rakyat sentiasa mengguna dan mengagungkan Bahasa Melayu dan menggunakan PAS (Parti Islam Semalaysia)dan PKR(Parti Keadilan Rakyat).

KUALA LUMPUR— Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berhadapan dengan tekanan daripada PKR agar meletakkan jawatan kerajaan dan politik ekoran siri pendedahan berkaitan NFC, yang diuruskan oleh keluarganya.

Antara isu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ialah salah guna dana projek ternakan lembu NFC termasuk untuk membeli kondominium mewah dan membiaya perbelanjaan keluarga, antaranya kos menunaikan umrah.

Sekali lagi hari ini, Shahrizat (gambar) mempertahankan dirinya bahawa beliau tidak kena-mengena dengan syarikat diuruskan oleh suami dan anak-anaknya.

Sebaliknya beliau mencabar Ketua Wanita PRK Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.

Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.

Projek NFC kini disiasat oleh polis. Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.

“Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?” kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. “Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan,” katanya lagi.

“Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa,” katanya lagi.

Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”

“Wan Azizah patut didesak meletak jawatan kerana suaminya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pernah disabit dan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan,” katanya lagi.

“Buat Zuraida, jangan ingat Wanita Umno penakut, walaupun kamu menghentam saya, saya tetap senyum sampai dah tak boleh nak senyum lagi ni, itu belum kita angkat kain lagi,” tegas Shahrizat memberi amaran kepada Zuraidah supaya jangan memperlekehkan wanita Umno kerana pergerakan wanita itu jelasnya sentiasa bersedia menepis dakwaan fitnah dan songsang PKR.

Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.

“Untuk Wanita PKR, saya beri ingatan, jangan cuba ambil kesempatan kepada kami, kami telah bersedia,” tegasnya.

Menurut Shahrizat, Zuraida dan Wanita PKR sebenarnya takutkan perjuangan Wanita Umno kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan 1.3 juta wanita menyokong perjuangan Umno-Barisan Nasional.

“Pembangkang dan PKR sebenarnya takutkan Wanita Umno, kita ada kekuatan 1.3 juta ahli kalangan wanita untuk memastikan kemenangan Umno, sebab itu mereka cuba untuk merosakkan kita dengan pelbagai cara,” tegas beliau lagi.

3 comments:

Anonymous said...

org dah cakap, pemimpin umno memang suaka ahlinya (org melayu le tu..) bodoh krn senang nak diperbodohkan.
Sharizat kata nak selak kain, he..hee geli teman dahlah tua ada kurap pulak tu....

Anonymous said...

nape plak wan azizah di suruh letak jawatan? kesemua isu ini berkaitan dgn sharizat...dah ada org bongkar, jawabla tuduhan tu...

Anonymous said...

Dengar cerita Sharizat tak bagi perwakilan wanita yang mahu membahas isu lembu dan NFC tetapi Sharizat tidak bagi peluang. Jadi tak semua perwakilan wanita setuju dengan hujah Sharizat....sebab mulut perwakilan sudah dikunci oleh Sharizat jadi usul untuk suroh Sharizat letak jawatan tak dapat nak dilaksanakan. Jangan fikir wanita umno penakut ...yang berani nak bukak mulut sudah disuruh DIAM. Sharizat kukubesi, kami wanita umno memang BERANI jadi jangan kata kami mak turut tau!!!!