Tiba-tiba DS Najib guna perkataan 'LUARBIASA' dalam kenyataan beliau kepada pengikut dan ahlinya semasa jentera Umno bersiap sedia menghadapi Pilihan raya Umum ke-13.
Pilihan raya luarbiasa ok lagi, bila PM Malaysia mutakhir ini mengatakan 'TINDAKAN LUARBIASA' maka ini membawa kesan tidak baik kepada demokrasi Malaysia.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Najib sebagai BAHAYA kerana boleh disalah tafsir oleh pelbagai pihak, memandangkan beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai kuasa di negara ini.
Tiga Faktor yang teman anggap LUARBIASA yang akan memakan diri Pengerusi BN & UMNO serta keseluruhan jentera mereka ialah :-
1. Kebangkitan pengundi dari Peneroka FELDA yang BN tidak akan jangka akan menyebelahi Pakatan Rakyat ... insyaAllah.
2. Kebangkitan pengundi muda yang baru lepas keluar kolej , universiti dan yang bekerja di Syarikat Swasta yang akan menyokong Pakatan Rakyat terutama 4 negeri yang telah dimenangi Pakatan Rakyat.
3. Kebangkitan pengundi dari NGO-NGO yang terdiri dari pelbagai bangsa yang tidak puashati dengan Kabinet BN meluluskan rang undang-undang perhimpunan aman yang terlalu gopoh dan tergesa-gesa menakutkan rakyat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment