Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 14, 2011

KALAU GEMUK KENA KURUS, KALAU PENGARAH BESAR KENA KURSUS ?

DATO'DZUL AMBIL KURSUS MIDDLE MANAGEMENT ? Saudara2, Isa Samad telah mencadangkan Pengarah Besar Felda, Dato Dzul bercuti belajar untuk mengambil kursus middle management selama 6 bulan, mulai November 2011 dan PM baru luluskan. Bukan nak personal hak dan kuasa PM, tapi sekadar mengingatkan bahawa PRU 13 hampir tiba,“just round the corner” justeru janganlah kita berdepan dgn banyak isu. Samada PM sedar ataupun tidak, campur tangan Isa Samad yg berlebih2an dalam pentadbiran Felda telah menyebabkan Warga Felda BOSAN, BENCI & MELUAT kepada kerajaan. Tidak pernah dalam sejarah Felda, Pengarah Besar disuruh bercuti panjang tanpa sebab khusus. Apakah Isa peka terhadap sentiment peneroka, kakitangan dan seluruh pengundi Felda menjelang PRU13?. Apakah PM telah mendapat maklumat tepat isu2 dalaman Felda? Apa PM telah memberi Ruang dan Peluang pengurusan Felda untuk menjelaskan segala2nya dalam isu penyenraian FGVH? Apakah ada bukti yg pengurusan Felda berkonspirasi dgn pihak Pembangkang? Jika ada, silalah minta Bukit Aman dedahkan bukti2 tersebut. Sebaliknya Isa Samad telah merosakkan perpaduan Warga Peneroka dan melukakan hati pengundi setia BN ditanah rancangan Felda. Pengurus, Pegawai dan Pertugas Felda bersama peneroka sama2 membanting tulang dan berganding bahu ibarat macam keluarga. Mengapa ikatan lidi secekak ini hendak dileraikan oleh Isa Samad? Soal “Listing” FGVH bukan lah isunya tapi campur tangan dan tindakan Isa melanggar peraturan Felda dan kerajaan adalah pekara pokok. Lihatlah nanti semasa ketiadaan Pengarah Besar. Sudah pasti banyak kertas2 dari langit akan dibentangkan dalam lembaga. Sudah tentu banyak arahan dan kelulusan baru akan dikeluarkan selepas ini. Sudah pasti Ketua2 peneroka lelaki dan GPW akan digantikan dgn org2 baru yg merupakan Gunting dalam Lipatan selama ini. Sudah tentu kepimpinan peneroka seluruh negara akan berubah. Percayalah tuan2 dan puan2, Pakcik2 dan Macik2, Abg2 dan Kakak2 serta Adik2 sekelian. Tindakan ISA yg Tamak, Rakus, Haloba dan Membabi Buta ini mengundang perpecahan di kalangan warga peneroka. Tiada siapa yg untung. Jika PM berpandangan terbuka dan mahu undi peneroka Felda kekal kepada BN maka wajarlah PM kaji semula:- Tindakan menghantar Pengarah Besar Felda cuti belajar yg panjang, Tindakan membenarkan Isa menjadi ahli KPF, Pengerusi KPF dan Pengerusi Yayasan dan akhir sekali MengHADkan kuasa Isa dalam Felda. Kakitangan Felda sanggup bekerja siang dan malam pastikan kemenangan berpihak kpd Pemerintah, jika tidak ia akan mengundang risiko yg amat BESAR. Jangan biarkan Ombak Tsunami melanda ditanah rancangan Felda dalam PRU 13 yg akan datang sedikit hari lagi, sementara kami masih ada hati lagi sayangkan PM dan kerajaan BN, buatlah sesuatu wahai PM, jangan biarkan jiwa kami bergelora lalu memberontak, itu bukan budaya kami sebagai Warga Felda … Wasallam http://www.facebook.com/groups/104889596196/10150510985771197/

1 comment:

Anonymous said...

bro doreomon simpan sanjataaaaaa....

kah kah kah