Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 14, 2011

INILAH YANG DIKATAKAN ZAHID HAMIDI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA

Menyelam dalam kapal selam kelas Scorpene KD Tun Razak 21 bulan selepas cabaran dikeluarkan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam. Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut dengan tidak malu menfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal. Rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputar belit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihanraya akan datang. Saya juga ingin mengulangi soalan saya sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau "komisyen" kepada Perimekar Sdn Bhd.. Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru. Hakikatnya, apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru. Bagaimanapun, Zahid enggan menerima cadangan saya dan mencabar saya untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan. Saya dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya.Sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal yang tidak dimaklumkan? Tiada pertikaian profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut kita di sini, termasuk pasukan kapal selam Malaysia. Semua ketidakgembiraan kami adalah mengenai harga, PR dan rakyat Malaysia inginkan yang terbaik untuk pasukan tentera laut kita dan tidak pernah mempersoalkan perkhidmatan cemerlang pasukan terbabit kepada negara. Zahid tidak menyelam bersama saya sebagaimana dijanjikan ekoran beliau menyatakan bahawa terdapat tugas rasmi lain bersama Sultan Johor. Saya dimaklumkan bahawa tiada bloger lain yang dibawa bersama. Pada awalnya, bloger Papagomo sepatutnya dibawa bersama, tetapi saya telah membantah kerana saya tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelaki saya berusia 15 tahun mencabuli rakan sekelasnya. Saya tidak pernah berjumpa papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama. Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa beliau tidak menipu saya dan juga pihak media. Bagaimanapun, ekoran penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion di dalam pembelian dan penyelenggaraan 2 kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod ataupun pengalaman di dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam. Kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya, keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti. Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 10hb Disember 2011:

2 comments:

Anonymous said...

Bukan senang Najib nak cari penggantinya ambil alih Menteri Pertahanan.Najib kena cari seorang yang putar-belit,kaki kuntau untuk menepis serangan-serangan rasuah dalam Kementah.Zahid sedikit sebanyak ada kelayakan tu.

Anonymous said...

PEMBANGKANG SENTIASA TIDAK BERPUAS HATI SEBENARNYA, BILA SEBUT MENGENAI ISU KESELAMATAN NEGARA SEPATUTNYA TIDAK BOLEH KITA MEMBONGKARKANNYA, PEMBANGKANG JUGA ADA MEMBANDINGKAN KESELAMATAN NEGARA MALAYSIA DENGAN NEGARA JIRAN DARI SUDUT KECANGGIHAN ALAT PERTAHANAN, CUBA KITA LIHAT NEGARA JIRAN KITA, ADA MEREKA SEBARKAN KE SEMUANYA, MANA ADA, MALAH ALAT MEREKA JAUH LEBIH MAHAL BERBANDING NEGARA MALAYSIA, TAKDE DENGAR PUN RAKYAT MEREKA MEMPERTIKAIKANNYA, KERANA APA? KERANA ITU ADALAH ISU KESELAMATAN NEGARA..SECARA TAK LANGSUNG KITA MEMBERI RUANG KEPADA MEREKA UNTUK MELEMAHKAN KESELAMATAN NEGARA KITA SENDIRI DAN MEMBOCORKANNYA TANPA KITA SEDARI