Komen Teman : insyallah kalau begini berterusan kesedaran dan kebangkitan peneroka FELDA maka mertua teman di Keratong 2 dan Keratong 1 hingga 11 pun akan mengikut untuk bersama menyaman FELDA maka lebih 50% peneroka FELDA akan mengundi Pakatan Rakyat di PRU13 nanti.
Panas: Peneroka Gugusan Keratong Serta Chini 3 Pula Saman Felda Isu Kadar Perahan Gred (KPG)
KUANTAN, 5 Dis - Selepas berhadapan dengan kontroversi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menghambur kata-kata kesat kepada peneroka, kini giliran agensi kerajaan itu pula menerima surat saman daripada peneroka. Menurut Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said (foto), tindakan menyaman Felda itu ekoran peneroka-peneroka dari Gugusan Keratong dan Gugusan Chini 3 tidak berpuas hati kerana mendakwa agensi itu memanipulasikan Kadar Perahan Gred (KPG). “Seramai 380 peneroka dari gugusan Felda Keratong dan 690 peneroka daripada gugusan Felda Chini 3 menyerahkan borang Warrant To Act melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk menyaman Felda kerana manipulasi KPG. “Mereka hanya diberikan di antara 18 peratus hingga 19 peratus sahaja peratusan perahan KPG, suatu pengiraan yang sangat rendah dan tidak berpandu kepada realiti sebenar,” kata Suhaimi dalam satu kenyataan. Katanya, daripada sejumlah peneroka yang menyaman Felda itu sebahagiannya ahli UMNO yang sedar akan hak mereka. “Mereka hanya menuntut hak mereka dinafi dan dimanipulasikan oleh Felda. Menariknya di Chini 3 sebahagian besar dari kalangan yang mahu memfailkan saman terhadap Felda itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO. “Mereka tidak mendapat pembelaan dari Umno, dan mereka memberi jawapan kepada Umno dengan bersama-sama sertai peneroka lain mahu menfailkan saman terhadap Felda,” tambah beliau lagi.
[Nampaknya Felda kini berhadapan dengan ribuan saman oleh para peneroka sendiri. Malah, peneroka Felda yang menyokong UMNO juga sudah tidak sanggup lagi ditipu oleh agensi itu. Gara-gara manusia yang bernama Isa Samad, akhirnya penipuan dan penyelewengan itu semakin terserlah lagi. Kini para peneroka semakin benci dengan tindakan tersebut dan mereka mula memperjuangkan hak-hak mereka. Berdasarkan rekod, Felda pasti akan kalah dalam kes saman menyaman ini kerana mereka tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mempertahankan tindakan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG). Lantaran itulah kita tidak hairan bila mana ramai para peneroka yang menyokong UMNO kini mengusahakan sendiri ladang-ladang mereka, biar pun pada awalnya bersama Felda. Mereka tidak tahan lagi hanya dibayar wang sara hidup RM1,500 sebulan, sedangkan rakan-rakan mereka menikmati pendapatan berkali-kali ganda daripada itu. Felda kini sudah tidak relevan lagi, apabila cuba dikorpratkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Inilah yang berlaku sekarang!].
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment