
Siapa Ulama N.Sembilan yang tinggi ilmu sains dan teknologi
Sesiapa yang pernah berjumpa atau berguru dengan seorang ulama dari Negeri Sembilan iaitu Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan (1907-1997) pasti tidak mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Ibrahim ini bukan sahaja seorang ulama yang begitu merendah diri dan tinggi ilmu agamanya.
Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim adalah merupakan seorang saintis Islam yang begitu hebat yang tiada tandingannya hingga ke saat ini (setakat yang saya ketahui).
Ini adalah kerana beliau seorang yang mempunyai ilmu matematik, trigonometri, sains dan astronomi yang hebat sahaja sehingga dapat menyusun takwim solat dengan tepat.
Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim bertanggungjawab menyusun takwim solat untuk Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain yang masih digunakan sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini saya telah menziarahi Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan berjumpa dengan cucu kepada Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim iaitu Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff.
Saya pehatikan di satu sudut surau itu dalam almari kaca yang berkunci satu alat yang ringkas, berbentuk suku bulatan, berkaki dan ada kertas geraf.
Dalam fikiran saya , mungkin ini alat yang digunakan untuk mengira takwim solat.
Lalu saya bertanya kepada Ustaz Khairuddin, beliau berkata memang itu alat yang digunakan oleh datuknya untuk mengira takwim solat. Menurut beliau ada buku yang mengandungi formula, dan tali turut digunakan semasa membuat perkiraan.
Malangnya buku tersebut tiada dalam simpanannya, dan tiada siapa yang tahu bagaimana cara perkiraan takwim solat tersebut dibuat.
Saya terasa begitu sedih sekali, satu kerugian yang amat besar kepada umat Islam di Malaysia ini jika ilmu seperti ini tidak ada sesiapa yang mampu mempelajarinya.
Jangan dipandang rendah para ulama ini, mereka ini memang diam-diam ubi berisi. Memang mengkagumkan, tanpa komputer, tanpa kalkulator, Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim dapat membuat perkiraan trigonometri, sain, kosain, tanjen dan sebagainya.
Ulama kita ini hebat bukan sebab belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mereka belajar dan mengajar menggunakan tulisan Jawi, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
Seorang lagi ulama Negeri Sembilan yang hebat ialah Almarhum Syeikh Haji Ahmad yang juga merupakan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Saya diberitahu bahawa beliau dapat melihat anak bulan hanya menggunakan mata kasar, tanpa memerlukan teropong. Dan beliau pasti akan dapat melihat anak bulan apabila tepat waktunya.
Berbanggalah menjadi orang Melayu, umat Islam dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi.
Maklumat mengenai Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di http://madrasahbongek.blogspot.com
No comments:
Post a Comment