AKHIRNYA RAKYAT DAPAT KESIMPULAN DARI PROJEK YANG BERSIMPUL RM8,000,000,000 (rm8 bilion) memindah air sungai Pahang ke negeri Selangor. Padahal, fakta dari LUAS mengatakan 4 dari 7 empangan adalah menunjukkan bekalan melimpah atau lebih 100%.
Jadi apa terhegeh2 nak impot air dari Pahang? Kalau dihalusi masalah kekurangan air di Pahang selalu meruncing walaupun dah lebih 50 tahun BN memerintah. Kita selalu dengar dan lihat daerah Temerloh dan Bera sering mengalami kekurangan air dan rakyat selalu merungut seolah-olah tiada kesudahannya.Tup-tup Pahang berlagak macam berlebih air dengan cara menjual air ke negeri Selangor yang sebenarnya tiada masalah air. Kalau ada masalah pun disebabkan masalah pengurusan dan projek mega pemimpin BN yang dimulai oleh Tun Mahathir iaitu projek Putrajaya bilamana air dari empangan Semenyih di salur terus ke Tasik Putrajaya dan semasa sukan Komanwel 1998.
Kerajaan pusat tidak ikhlas dalam menyelesaikan kemelut penstrukturan semula industri air di Selangor
Baru-baru ini, pelbagai pihak telah melakukan spekulasi bahawa Selangor bakal menghadapi krisis air pada tahun 2014. Kenyataan ini sebenarnya telah dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau sejak setahun yang lalu. Namun begitu, kenyataan ini baru-baru ini telah digempar-gempuhkan dengan hujah sokongan bahawa semua loji rawatan air di Selangor telah beroperasi pada tahap maksimum untuk menghasilkan 4,326 juta liter air sehari untuk menampung keperluan sebanyak 4,197 juta liter air sehari, iaitu margin simpanan air sebanyak 129 juta liter air sehari ataupun kira-kira tiga peratus daripada keperluan air sehari sahaja.
Justeru itu, mereka yang menyokong hujah ini telah mendesak Selangor untuk segera bersetuju untuk memberi Kebenaran Merancang bagi meluluskan pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat atau Langat 2 bagi melengkapkan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang berharga RM8 bilion.
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) juga menyalahkan kerajaan Selangor kerana sengaja melengahkan pelaksanaan PPAMPS dan memberi amaran bahawa Selangor akan dipersalahkan jika berlaku krisis bekalan air pada masa akan datang.
Itulah udang di sebalik batu - Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor.
Saya hairan apakah yang penting sangat dengan projek ini? Saya memetik kenyataan akhbar Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertarikh 22 September 2011 seperti di bawah:
“Pemantauan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di tujuh empangan dan sungai-sungai utama di Selangor mendapati kedudukan paras air di semua muka sauk bagi keperluan loji pembersihan air adalah baik dan tidak membimbangkan.
Sumber air di Selangor masih dalam keadaan yang mencukupi dengan taburan hujan yang tinggi dicatatkan di banyak kawasan terutamanya kawasan tadahan air. Secara purata, paras air di empangan pada tahun ini adalah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bahawa rizab air yang didakwa semakin menyusut adalah satu kenyataan yang tidak profesional kerana ianya telah memberi gambaran yang salah tentang kebolehdapatan sumber air di negeri Selangor.
Secara terperinci, kedudukan tahap simpanan air empangan pada 20 September 2011 adalah seperti yang berikut :
1. Empangan Sungai Selangor pada tahap 78.34%
2. Empangan Sungai Tinggi pada tahap 85.78%
3. Empangan Batu pada tahap 100% (melimpah)
4. Empangan Klang Gate pada tahap 100%
5. Empangan Tasik Subang pada tahap 95.64%
6. Empangan Sungai Langat pada tahap 100% (melimpah)
7. Empangan Sungai Semenyih pada tahap 100% (melimpah)
Berdasarkan pemantauan itu dapat di buat kesimpulan seperti yang berikut:-
i) Purata paras air empangan pada tahun 2011 adalah meningkat berbanding tahun sebelumnya;
ii) Taburan hujan yang turun di kawasan tadahan air empangan adalah tinggi;
iii) Taburan hujan yang rendah bagi Empangan Sungai Selangor pada bulan Jun dan Julai adalah 48.11mm dan 49.26mm. Manakala taburan hujan yang rendah bagi Empangan Sungai Tinggi pada bulan Jun dan Julai adalah 182mm dan 110mm. Bagaimanapun pada bulan Ogos dan September taburan hujan kembali kepada keadaan purata iaitu 200mm;
Semenjak 2011, semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor yang dikendalikan oleh syarikat konsesi air dan diagihkan oleh SYABAS.
Apa yang perlu ditegaskan disini, bahawa SYABAS adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan rizab air bersih dalam tahap 10%. Namun apa yang pasti adalah rizab air bersih berada pada tahap 3% hingga 5% kerana loji tidak berupaya menambah pengeluaran.
Sebagai syarikat konsesi yang bertanggungjawab untuk membekalkan air bersih kepada rakyat, SYABAS sepatutnya mengambil usaha untuk mengatasi masalah ketidakupayaannya dalam memastikan rizab air bersih berada dalam tahap yang baik.
SYABAS perlu melihat teknologi terkini untuk merawat sumber air dan menaiktaraf loji-loji sediada bagi menambah kapasiti loji pembersihan air tersebut. Jika ada pun krisis air, ianya disebabkan oleh kegagalan loji pembersihan air untuk sentiasa memastikan bekalan air bersih mencukupi.
Secara keseluruhannya, Negeri Selangor mempunyai sumber air yang mencukupi untuk memenuhi permintaan. Langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi meningkatkan keupayaan loji pembersihan air untuk memenuhi unjuran permintaan dan rizab air bersih.”
Kenyataan LUAS ini memang ada kebenarannya.
Jikalau Selangor bakal menghadapi krisis air, mengapakah SYABAS sebagai pemegang konsesi pembekalan air di Selangor tidak mengambil langkah proaktif untuk menurunkan kadar Air Tidak Berhasil atau Non Revenue Water (NRW) yang berada pada tahap 32% pada masa sekarang?
Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus. Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.
Tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang tidak akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.
Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan.
Ini menunjukkan bahawa pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna.
Tambahan lagi, SYABAS juga telah membekukan semua projek penggantian paip air baru di Selangor berikutan keputusan kerajaan Selangor untuk menaikkan tarif air. Ini berlaku di kawasan saya di mana SYABAS telah berjanji untuk menukarganti paip air di Kampung Baru Sungai Way pada tahun 2011 ini berikutan beberapa insiden paip pecah pada tahun 2009. Walaupun begitu, sampai hari ini SYABAS belum menjalankan apa-apa tindakan untuk menukarganti paip baru di Kampung Baru Sungai Way. Tindakan SYABAS yang mementingkan kepentingan diri sendiri ini telah memeritkan kadar NRW di Selangor.
Mengapakah SYABAS tidak berusaha untuk mengurangkan kadar NRW ini dan sekaligus mengurangkan keperluan air sebanyak 4,197 juta liter sehari?
Selain itu, tahun jangkaan bahawa Selangor akan menghadapi krisis air juga berbeza-beza. Pada tahun lalu, telah dikatakan bahawa Selangor akan menghadapi krisis air pada tahun 2012. Tidak lama yang lalu, Selangor dikatakan akan menghadapi krisis air pada tahun 2014. Jadi soalannya ialah bilakah tahun yang benar bahawa Selangor akan menghadapi krisis air? Tahun 2012 atau 2014?
Apa yang jelas, tuduhan bahawa Selangor akan menghadapi krisis air sama ada pada tahun 2012 atau 2014 merupakan rekaan semata-mata. Jika pun ianya akan berlaku, ianya boleh dielak dengan mengurangkan NRW tetapi ini tidak dilakukan oleh SYABAS. Tuduhan krisis air terhadap Selangor mempunyai motif politik kerana Langat 2, sebagai satu projek “cash cow” BN, akan dibina oleh syarikat-syarikat kroni. Sebarang kelewatan sudah pasti akan menjejaskan kedudukan kewangan mereka yang berkepentingan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment