Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 7, 2011

PENANGAN MAT SABU, UM JADI TIKUS BAIKI LABU

MAT SABU KOMUNIS : UTUSAN kecut perut, MAHU BATALKAN SAMAN
Sofi Wahab
Akhbar pencacai Umno mula terasa bahang dan kecut perut untuk berhadapan dengan saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Utusan mula sedar bahawa mereka kemungkinan besar akan kalah dan terpaksa membayar sejumlah wang kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah dan Kubang Kerian tersebut.

Selain itu Utusan juga tahu bahawa jika kes ini di dengar di mahkamah dan kemenangan berpihak kepada Mohamad maka, seluruh dunia akan tahu bahawa Utusan telah memutarbelitkan fakta dan rakyat akan kembali sedar bahawa Utusan memang sebuah akhbar pencacai kaki fitnah dan adu domba.

Sebab itulah Utusan telah memohon kepada mahkamah supaya saman fitnah ini dibatalkan. Malaysiainsider melaporkan i bahawa Mahkamah Tinggi akan mendengar 23 November ini permohonan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk John Louis O’Hara.

Beliau menetapkan tarikh itu selepas berjumpa peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad dan Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu semasa kes itu disebut bagi pengurusan kes dalam kamarnya hari ini, lapor Bernama Onine.

Dalam permohonan yang difailkan 27 Oktober lalu, kedua-dua defendan mahu membatalkan saman itu atas alasan ia mengaibkan, remeh dan menyusahkan selain ia suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 14 September lepas, Mohamad (gambar), 57, memfailkan saman itu dengan mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel fitnah pada 27 Ogos lalu dan dua lagi artikel pada keesokan harinya iaitu pada 28 Ogos.

Timbalan Presiden PAS itu mendakwa penerbitan ketiga-tiga artikel itu adalah berhubung isu Tragedi Bukit Kepong.

Mohamad mendakwa penyiaran artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis yang bekerjasama dengan Goh Peng Tun dan 200 lagi angggota komunis.

Beliau mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta sengsara dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya, serta menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau juga mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.

Mohamad mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kesemua artikel tersebut bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno.

Beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar kesemua defendan memohon maaf serta menarik balik artikel fitnah itu.

Rakyat sudah tentu akan mengikuti dengan rapat kes ini kerana ia telah menjadi polemik yang besar sehingga ada Professor kangkung yang tersasul mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

Selain itu ia juga telah menjadi fenomena apabila seluruh rakyat baru sedar bahawa sebenarnya kemerdekaan negara bukan hanya diperjuangkan oleh pemimpin Umno seperti Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj dan Datuk Onn tetapi pejuang sebenar ialah Pahlawan-Pahlawan Melayu dan pejuang-pejuang Islam serta golongan lain. Antara para pejuang sejati ialah Dr Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaakob, Pak Sako, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Tok Gajah, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbung, Dol Said, Mat Kilau, Tok Gajah, Maharaja Lela, Tok Bahaman dan lain-lain yang nama mereka telah dikesamping atau ditutup terus dari sejarah kemerdekaan negara.

Jika kes ini dibicarakan di mahkamah sudah tentu nama-nama pejuang ini akan disebut dan menjadi sebahagian dari hujah peguam-peguam dalam mahkamah dan ia sudah tentu akan menyebabkan rakyat bertambah sedar tentang fakta sebenar sejarah kemerdekaan negara.

No comments: