
Rakyat Malaysia wajib bertanya pada diri masing-masing bagaimana negara Israel yang kecil lagi haram boleh bertahan walaupun banyak negara dan ramai penduduk dunia membencinya.
Contoh mudah yang merupakan Jawapanya ialah Kerajaan Malaysia sendiri yang diterajui Barisan Nasional yang kununnya Parti UMNO yang majoriti beragama Islam dan berpendirian menentang Zionis tapi di waktu yang sama membuat urusan berniaga dengan Yahudi celaka.
Begitu juga masih banyak negara khususnya negara pimpinan umat Islam yang munafik yang masih memberikan sokongan khususnya dengan membuat hubungan dagang secara lansung dan tidak lansung bagi memastikan negara haram ini terus mampu bertahan.

Dokumen Kastam menunjukkan kemasukan barang dagang ke Malaysia daripada negara asal - ISRAEL
Susulan pendedahan SAMM yang konsisten dalam hubungan dagang yang wujud di antara Malaysia dan Israel selama ini, SAMM melalui Chegubard telah mendedahkan set-set borang kastam yang membuktikan secara khusus wujud dagangan yang mana Malaysia membantu ekonomi Israel di dalam siri ceramahnya selama ini. Kemuncak siri pendedahan hubungan dagang yang terjalin antara Malaysia dengan Israel ini membawa kepada persoalan yang dibawa oleh Er Teck Hwa di dalam Parlimen semasa membahaskan Belanjawan 2012 Peringkat Dasar pada sessi Dewan Rakyat bertarikh 17 Oktober 2011. Tindakan Er Teck Hwa ini akhirnya membawa kepada tindakan beliau dihalau daripada dewan oleh speaker.
Hakikat hubungan dagang antara Malaysia-Israel ini sebenarnya diakui oleh Utusan sendiri melalui penulisnya, Zaini Hassan yang telah menulis satu artikel mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim zionis menjalinkan hubungan dagang dengan Malaysia di bawah tajuk Bendera Israel berkibar di Malaysia?.
Kini, set-set dokumen Kastam itu didedahkan untuk tatapan semua rakyat Malaysia. Terpulang kepada Menteri MITI, Mustapa Mohamed dan Timbalan Menterinya Mukhriz Mahathir untuk menjelaskan hakikat kebenaran wujudnya hubungan dagang di antara Malaysia dan Israel. Hubungan dagang ini bukan kecil nilainya, kerana terbukti Malaysia yang selama ini melalui Mukhriz dan AMAN Malaysia memberi sumbangan derma kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel rupa-rupanya merupakan rakan dagang Israel yang ke-15 terbesar pada 2010. Negara Islam Malaysia lebih hebat daripada negara Australia, Mexico, Mexico dan Filipina.
Bukti di bawah adalah paparan gambar borang kastam yang menunjukkan urusniaga secara terus dari Haomanut Street, Netanya Israel ke Kargo KLIA dan dibawa ke Negeri Sembilan.


http://pulakdah.blogspot.com/2011/11/pemecah-berita-bukti-dokumen-kastam.html
1 comment:
apa itu munafik?
ialah mengaku beriman di depan org beriman tetapi sekongkol dgn musuh islam di belakang.
di depan musuh islam mereka kata, 'kami olok2 saja beriman,nk jaga sentimen rakyat'.
hancurkan pemerintah munafik umat islam.
Post a Comment