Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 9, 2011

DULU SETAHUN , KINI SEHARI SELEPAS 30 MINIT


Komen : Sebelum ini ADUN Batang Kali ini baru lepas hukuman 1 tahun kena gam menghadiri dewan. Kini kena gam sehari pula. Dah seronok tak pergi Mesyuarat ke? atau nak tonjolkan diri selepas setahun menyepi?

Baru 30 Minit Bermula, ADUN Batang Kali, Hulu Selangor Diarah Keluar Dewan

Kira-kira 30 minit sidang Dewan Negeri Selangor bermula, Speaker DNS Datuk Teng Chang Khim mengarahkan ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim keluar dewan kerana melanggar arahan speaker.

Mohd Isa bertindak sedemikian ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada penjawat awam yang telah bertungkus lumus bekerja membantu dan menjayakan kerajaan negeri.

Teng sebelum itu menjelaskan bahawa pertanyaan tersebut telah dijawab dengan baik oleh Khalid selain menyifatkan soalan tambahan yang diajukan oleh Mohd Isa tidak releven.

Khalid menjelaskan kakitangan kerajaan adalah sebahagian daripada rakyat Selangor dan ia adalah sebahagian daripada komuniti yang turut menerima manfaat dari penganjuran MES.

Bagaimanapun, Mohd Isa tetap tidak berpuas hati dan berkeras untuk tidak duduk.

Sehubungan itu, Mohd Isa diarahkan untuk keluar dewan dan tidak dibenarkan untuk mengikuti sidang dewan selama sehari.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Isa ketika ditemui TvSelangor sejurus selepas keluar dewan berkata tindakan Speaker menghalang dirinya menyertai dewan selama sehari adalah satu penganiayaan terhadap dirinya.

"Saya rasa bagi kerajaan yang berkreadibiliti dan akuantabiliti telah melakukan penganiayaan kerana tidak membenarkan ahli dewan bertanyakan soalan mengenai penjelasan,"katanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

No comments: