Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia diingat supaya tidak bersikap ‘double standard’ malah 'triple standard' kalau diimbas dengan kes Teoh Beng Hock yang hanya melibatkan RM2,000 sahaja kerana beli bendera berbanding isu penyelewengan RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC) yang orang disyakki terlibat hanya membuat penjelasan mulut sahaja tanpa ada kertas siasatan.
Cuba amati kes Teoh Beng Hock, kenapa sampai mati semasa dalam siasatan? Mati dalam bangunan dan kawasan SPRM pula tu! Beliau belum disahkan bersalah atau di bawa ke mahkamah ...kenapa harus mati begitu????? RM2,000 itu untuk beli bendera dan memang bendera telah dibeli, buka beliau beli basikal atau motor.
Cuba perhati kes NFC , wang RM250 juta tapi boleh beli kondo lebih RM13,000.000 dan lawatan umrah tapi tak rasa bersalah dan Pemimpin UMNO/Bn pun tak rasa wang untuk projek beli lembu tapi beli lain tak salah?.
,
“Kami mendesak SPRM dan PDRM membuktikan ketelusan mereka menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal NFC, membabitkan wang rakyat yang telah diamanahkan oleh kerajaan,”
Selain Shahrizat, empat individu lain iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar, dan Pengerusi NFC merangkap suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.
Sehubungan itu katanya, Umno dan BN mesti ditolak 100% dalam pilihan raya umum ke 13 yang akan datang.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment