
Komen : Nampaknya kebangkitan dari kesedaran hak mereka(peneroka FELDA) di songlap selama ini maka saman peneroka nampaknya semakin membuka mata peneroka dan generasi kedua FELDA dan kemenngan demi kemenangan diperolehi. Namun FELDA melalui kerajaan BN yang zalim masih tidak mahu bayar. Mungkin BN/UMNO akan kenakan Pakatan Rakyat dengan memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti. Dengan itu semua saman yang kita buat sekarang akan dibayar dan ditanggung oleh kerajaan yang menang nanti iaitu pi mai pi mai kita (Pakatan Rakyat ) juga yang terkena. Tapi kita (Pakatan Rakyat ) kena terima asalkan kemenangan merampas PutraJaya akan dikota.
KUALA TERENGGANU - 77 orang peneroka dari Felda Kerteh 1 dan 2, Dungun Terengganu telah memfailkan saman terhadap Felda di mahkamah Tinggi di sini hari ini 13 Oktober.
Peguam yang mewakili mereka, Encik Mohd Kamaruzaman Abd Wahab dari firma Aziz & Co berkata setiap peneroka menuntut bayaran RM17,000 setiap orang yang menjadikan jumlah tuntutan keseluruhan sebanyak RM1.3 juta.
Menurutnya, ia tidak termasuk gantirugi teladan dan lain-lain yang dimasukkan dalam tuntutan tersebut.
Turut hadir di mahkamah adalah Ahli Jwatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman yang juga Pnegerusi ANAK, Timbalan Pesuruhjaya I dan II PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan Haji Muhyiddin Abd Rashid, Penolong Setiausaha Hji Hanafiah Mat dan Pengerusi WARIS Haji Roslan Ismail.
No comments:
Post a Comment