Kadangkala bila teman ke batangkali teman guna jalan ke Pekan RASA terus ke simpang ke Bantar Batangkali dengan jarak 3 km dari RAS ke Simpang itu.
Punyalah jem kadangkala bukan waktu puncak pun terlalu sesak dan terlalu lama pergerakkan al-maklumlah di simpang Batangkali ada lampu trafik.
Bukan nak salahkan Lampu Trafik tapi di simpang itu ada jambatan sempit cukup untuk 2 laluan ke utara dan ke selatan, susur keluar ke batangkali tiada di atas jambatan dan dengan sebab itu kenderaan akan sesak kalau lampu merah serta kebanyakan kenderaan nak ke Rawang melalui Serendah .
Cadangan :
1. Jalan dari Kuala Kubu ke Serendah perlu ada 2 laluan pergi dan balik.
2. Jambatan seperti di simpang ke batangkali perlu diupgrade agar ada 2 lorong pergi balik termasuk ada susur jelas ke batangkali.
3. Sebelum PRU 13 ...buatlah segera kalau tidak kena tunggu Pakatan Rakyat buat lepas PRU13 nanti.
2 comments:
kat kg saya tu weh....kat tepi jambatan ada masjid, sekarang masjid tu tak seperti dulu semasa arwah datuk saya sering berulang kesana
- cucu bila pasar
Salam ziarah kembali.... Maaf lambat bagi respons kerana dalam sebulan nih sibuk kerana cuba selongkar salahguna kuasa RM. Sampai tak sempat menulis artikel...... Selamat berjuang sehingga tumbangnya kerajaan yang korup.
Post a Comment