HIMPUN dikatakan akan di programkan pada 22 Oktober sempena hari kanak2 sedunia. Kalau silap2 tiada amalan soleh boleh jadi macam kanak2...mudahan Allah elakkan kita jadi begitu.
Yang teman pelik dan malu (mohon maaf pada dato seri Harussani jika terkasar bahasa) walaupun HIMPUN dikatakan diurus oleh NGO serta penyertaan namun rakyat tau sapa di belakangnya.
Apa yang pelik, kerajaan BN yang ada kuasa dengan JAKIMnya dengan JAIS dan Jabatan Agama Islam setiap negeri dengan Ulama dan Muftinya tidak dapat menangani masalah murtad terang-terangan.Kalau begitu gayanya , memang silap Najib tambah 2 tahun perkhidmatan kepada 60 tahun. Pase , dah tua dah tak produktif dan kreatif melakukan koroje. Hate elok bebenor org mude yang menerajuinya.
Tentang murtadnya yang sebenornya terletak pada individu yang sudah mengucap 2 kalimah sahadat waima dtg mubaligh kristian atau bapak kristian dari Itali yang ditemui Najib itu dakwah kalau iman dah kuat tak perlu akta2 ini. Yang penting Jabatan agama yang ada perlu beri sokongan dan penjelasan serta tonjolkan hukum Islam serta laksanakan hukum Islam yang ada maka berduyun lagi orang belum Islam akan masuk Islam.
Yang masalahnya UMNO atau kerajaan BN bila PKR atau PAS buat cadangan atau teguran atau penemuaan berkenaan Islam ... mereka(BN/UMNO) akan memperlekehkan sepatutnya dibantu dan dicadangbaik walaupun berlainan politik.
Dengan sebab kami PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 bersetuju pada saranan Presiden PAS agar tidak menyertai HIMPUN pada 22 Oktober ini, kalau BERSIH 3.0 ok juga...tapi ingat Pihak Polis jangan dabel standad!
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
assalamualaikum
gejala riddah amat sensitif bagi umat Islam kerana ia telah menyentuh foundamental aqidah sebagaimana yang digariskan oleh rasulullah untuk umat islam awalan sehinggalah akhir zaman.Perkara besar ini(Riddah) dan kawalan ketat keatasnya daripada merebak kepada umat Islam, diperuntukkan hukum hudud yang boleh membawa hukum bunuh jika perlaku dengan sengaja dan rela hati untuk murtad setelah diberi pelbagai kaunseling.Menjadi subject jihad dan kewajipan kepada ummat Islam untuk bertindak membersihkannya dari dihinggapi atau dihampiri oleh penyakit ini.Ini jelas sebagaimana tindakan yang dibuat oleh sahabat nabi Abu bakar ra memerangi kumpulan murtad secara kekerasan yakni berperang untuk menghapuskan mereka.Murtad adalah musuh no 1 umat Islam dan diharamkan perlakunya masuk syuga.Inilah yang membuatkan umat islam perlu acapkali berwaspada dan
memahami sempadan antara iman dan kufur.Dalam keadaan umat Islam lemah dan leka serta tiada penguasa atau kerajaan yang memelihara dan menjaganya,penyakit riddah ini menjadi ancaman dan berluasa ditengah kalangan penganut Islam tanpa disedari oleh mereka.Pendek cerita maka golongan ulamak yang benar-benar takutkan allah adalah benteng yang utama,menjadi pembela untuk mempertahan aqidah ummah walaupun diri mereka bakal dimamah atau dihancurkan oleh golongan riddah tadi.Berhubung dengan senario dan poltik umat islam dimalaysia.maka penegasan dan keputusan yang dibuat oleh Pas bagi pendapat saya bersesuaian dengan mood dan prihatin kerajaan UMNO keatas umat Islam diMalaysia yang berinteraksi dengan falasafah matalamat menghalalkankan cara.Dengan keadaan pelbagai senjata dihalakan kepada entiti gerakan Islam yakni Pas dan menjadi jantung harapan untuk umat Islam dunia belah sini(asia tenggara)keputusan yang diambil adalah ketetapan untuk keharmonian dan kedamaian bangsa malaysia dengan menberi penekanan kepada kerajaan(Umno)iaitu fahaman sekular dan isme-isme yang bercampuran dengan politik dan fahaman mereka perlu ditinggalkan dan kembali kepada Islam.oleh itu agenda Islam yang dibawa oleh Pas perlu mendapat sokongan yang padu terutaman dari umat Islam dimalaysia supaya gejala riddah ini perlu dihapuskan.
Post a Comment