Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 15, 2011

SEORANG POLIS BERSALAH ATAS KEMATIAN REMAJA

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam pada 26 April 2010.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.


Hakim Latifah Mohd Tahar mendapati Jenain melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada tarikh tersebut.


Katannya, pendakwaan telah berjaya membuktikan peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan pada malam itu.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.

Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.MK

No comments: