Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 14, 2011

RELEVAN KAH ANJAKAN JIKA SIKUATPENGADU JARANG KE MASJID?

Kuliah Masjid Perlu Anjakan Paradigma

SHAH ALAM 14 SEPTEMBER : Kuliah masjid dan surau perlu berganjak daripada persoalan yang membincangkan perkara yang bersifat halal-haram tetapi menjurus kepada perbincangan yang bersesuaian dengan realiti dan konteks semasa sebagai mengangkat tradisi ilmiah dalam Islam.

Justeru ,sikap sesetengah pihak khususnya Umno yang cuba mempolemikkan isu penyampaian tazkirah atau kuliah di masjid-masjid yang didakwa berbau hasutan, ceramah politik dan lain-lain diselar kerana Islam merupakan agama yang syumul dan tidak hanya dikategori dalam aspek fardu ain dan undang-undang keluarga semata-mata.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata soal politik kepartian adalah jelas tidak boleh disampaikan dalam masjid, tetapi sisipan dalam politik seperti soal kebenaran dan keadilan, hubungan antara negara dan masyarakat wajar dibincangkan dan diwacanakan kepada jemaah.

“Sesuai dengan ajaran Islam sebagai Ad-din, persoalan agama Islam hendaklah dilihat dalam perspektif yang lebih syumul merangkumi muamalat, siasah, jenayah, ekonomi, sosial, pendidikan, munakahat, keluarga dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan media.

Tambah beliau, kegiatan tradisi ilmiah di masjid seharusnya tidak begitu pasif, malah perlu lebih proaktif dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti seminar, dialog, wawancara, sidang meja bulat, ceramah berkelompok dan boleh dilakukan di luar kawasan masjid dan surau.

Malah, pihak jawatankuasa masjid juga boleh memulihkan peranan masjid dengan menarik golongan belia dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti permainan futsal, bola sepak dan sebagainya.

“Akhirnya dengan membuka ruang perbincangan yang luas dalam masyarakat, minda rakyat akan terpacu ke hadapan. Rakyat bertambah berilmu, dan lebih aktif tetapi tidak mudah reaktif terhadap sesuatu isu atau permasalahan.

Justeru, tradisi ilmiah di masjid perlu ditingkatkan selaras dengan peredaran zaman. Malah rakyat sendiri boleh menilai antara ceramah politik dan kuliah agama,” katanya lagi.

No comments: