Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, September 2, 2011
MASYALLAH ! DAH MERDEKA 54 KALI BEKALAN AIR BERSIH BELUM ADA LAGI?
Dah 100 tahun masih tiada bekalan air di Johor
Penduduk Orang Asli tadah hujan untuk minum
31 Ogos 2011 - Ulu Tiram, Johor : Lebih 140 Orang Asli Seletar di Kampung Pasir Salam, di sini, masih mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih walaupun sudah mendiami kampung berkenaan sejak lebih 100 tahun lalu.
Ketiadaan bekalan air yang disalurkan ke kampung itu menyebabkan penduduk terpaksa menadah air hujan untuk mendapatkan sumber bekalan minuman dan keperluan harian lain seperti memasak dan membasuh.
Malah, mereka dihantui kebimbangan setiap kali musim kemarau hingga terpaksa mencari sumber air di kawasan hutan paya berhampiran.
Penduduk, Tipah Tammat, 40, berkata, penduduk kampung turut mengalami nasib buruk apabila terpaksa meminum air hujan kerana tiada bekalan air bersih di penempatan mereka.
“Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah terpaksa minum air hujan yang ditadah kerana kami sendiri tidak tahu bila akan hujan.
“Jika tidak hujan berhari-hari bekalan air yang ditadah akan habis menyebabkan penduduk terpaksa ke hutan berdekatan bagi mencari air di paya bakau,” katanya.
Menurutnya, ketiadaan air menyulitkan urusan harian penduduk seperti mandi, memasak dan membasuh baju.
“Susah hidup kami kerana segalanya memang perlukan air dan kadang-kadang kesihatan kami tidak dihiraukan lagi kerana terpaksa tidak mandi atau membasuh pakaian dan pinggan mangkuk kerana ketiadaan air,” katanya.
Sementara itu, Tok Batin, Sotti Akun, 48, berkata, ketika musim kemarau penduduk terpaksa menempuh perjalanan sejauh lapan kilometer semata-mata mahu membeli bekalan air bersih di hujung kampung.
“Kami terpaksa membeli air dengan harga kira-kira RM5 bagi setong 20 liter air bersih. Penduduk yang tidak mampu bayar bergantung ihsan pemilik kedai yang bermurah hati memberikan air secara percuma,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PendudukOrangAslitadahhujanuntukminum/Artic
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
PILAH KAT kotebaru RAMAI PAKAI AIR SG.KELATE DAN GALI PIGI LAGI TAK HERAN PONG baru 21 tahong JAJAH KELATAE BELOM 54 TAHON LAGI
Post a Comment