Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, September 3, 2011

KALAU PM SENDIRI TAK YAKIN PAKAR FISIO NEGARA SENDIRI!

Najib Bercuti Ke Australia untuk Fisio Therapy lutut pada Hari Kebangsaan?
Semalam Malaysiakini melaporkan Najib bercuti ke Australia ketika negara menyambut kemerdekaan yang ke 54, dan ini membuktikan betapa tidak patriotiknya Najib.

Bagaimanapun seorang Pembantu Najib yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.

Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, "Dia sedang bercuti" sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.- sepenuhnya sila baca di SINI

Itu berita semalam.. hari ini pula setelah menyedari Najib menjadi sasaran kecaman berbagai pihak Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan bagi menjawab misteri kehilangan Najib itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Najib menggunakan cuti pendek sempena sambutan perayaan Aidilfitri dan sambutan Kemerdekaan negara itu untuk menjalani Fisio Therapy di Australia yang perlu dilakukan setelah pembedahan lututnya kerana meniru Mat Sabu yang dikatakan berpura-pura cedera akibat dilanggar kenderaan polis..

Jadi.. memang benar Najib telah keluar negeri pada hari Negara sedang menyambut kemerdekaan.. Patriotiknya Najib..

Kononnya hanya itu masa yang Najib ada untuk menjalani Fisio Therapy itu.. tapi masa di operate lutut awal Ramadhan dulu dia tak peduli pulak sibuk atau tidak..

Beliau dikatakan bercuti.. tapi dalam masa yang sama terbang keluar negara menggunakan Harta Kerajaan... Apa dia ingat Harta Kerajaan itu Harta Mak Bapak dia ka?


2 comments:

leekonu said...

najib nak SAMBUT 16SEPT. hari anuwar berjanji kat semua rakyat malaysia DIA akan JADI PM JANGAN LUPA SEMUA.LUPA DAH?? memang hampa SEMUA hamPAS!macam NUAR pi jerman sakit tengkok kepala atas dan bawah tuuu

Anonymous said...

Alhamdulillah ..Leekonu dah sedar sekarang bahawa 31 Ogos bukan sambutan tepat untuk hari kemerdekaan seluruh Malaysia terutama termasuk Sabah & Serawak. Bermakna Leekonu dan PM Najib dah boleh terima cadangan DSAI relevannya sambutan Kemerdekaan pada 16 Sptember.