Komen Teman : Tiba-tiba PM Malaysia terasa dan terakui bahawa pengendalian Pilihan Raya di Malaysia adalah disyakki ada manipulasi dan perkara yang tidak telus.
Dengan tekanan dari BERSIH 2.O , PM terus mengelabah dengan mengumumkan penubuhan Jawatan Kuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihanraya pula.
Ini memberi isyarat bahawa DS Najib sudah merasakan perasaan rakyat yang marah bila tuntutan BERSIH 2.0 tidak dipeduli oleh Kerajaan BN terutama penggunaan dakwat kekal.
Pada hal ramai tidak setuju atau tidak mahu memandang atau memikirkan sebarang cadangan PM kecuali tuntutan BERSIH 2.0 yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia.
PM Umumkan Penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen Mengenai Pembaharuan Pilihan Raya
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) semalam mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan. Perdana Menteri berkata, jawatankuasa berkenaan yang akan dianggotai anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu. "Ini supaya kita akan dapat kata sepakat untuk mengendalikan pilihan raya akan datang tanpa sebarang rasa syak wasangka bahawa ada sesuatu manipulasi yang dilakukan oleh kerajaan. "Sebab itulah bila timbul pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan baru-baru ini, maka kerajaan punya respons ialah untuk kita menangani soal yang telah mencetuskan pelbagai pendapat dan sedikit sebanyak pertikaian dan politik,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di Wisma Bernama. Beliau berkata, langkah itu diambil supaya tidak ada yang salah anggapan bahawa kerajaan tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Beliau turut menegaskan, kerajaan juga komited untuk meneruskan tradisi demokrasi berparlimen yang telah dimulakan oleh pengasas negara sebelum ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment