Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, August 31, 2011

SEDARLAH ! UMNO ADALAH PEMUTARBELIT YANG SEDANG MENGUBAH SEJARAH ANWAR

Mat Sabu dikatakan menghina Pejuang oleh Lidah Rasmi UMNO bilamana beliau menganggap Mat Indera yang telah mengetuai Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Tarikh serangan telah dilakukan ialah pada 23 Februari 1950, iaitu tujuh tahun sebelum Malaysia Merdeka.. faham betul-betul.. TUJUH tahun sebelum Merdeka bukannya selepas Malaysia merdeka iaitu pada tahun 1957 lebih lanjut ANDA baca di SINI.

Kerana kenyataannya itu satu kertas siasatan telah dibuka berhubung laporan Utusan Malaysia yang mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, menghina pasukan polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Jika Mohamad Sabu dikatakan menghina Pejuang yang Berkhidmat untuj penjajah British dengan menganggap Mat Indera sebagai Hero sebenar… Apakah pula tindakan yang akan dikenakan terhadap Berita Harian kerana pada 13 Disember 2010, Berita Harian telah menyiarkan satu artikel dengan tajuk ”Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera”.

Dalam artikel yang disiarkan oleh Berita Harian ini (sila baca di bawah) Mat Indera dianggap sebagai Pejuang oleh masyarakat Jawa Ponorogo dan dilabel sebagai petualang oleh Kerajaan Inggeris.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya.

1 comment:

theprofessor said...

Pas sudah banyak menyeleweng dari perjuangan menegakkan syiar Islam. Mana bisa pemimpin dan penyokong Pas menerima seorang peliwat sebagai pemimpin dan tiga tokoh anti-Islam sebagai rakan dalam Pakatan.
Tidak takut saya mengatakan bahawa mana-mana orang Islam yang mengundi Pas dalam PRU13 nanti akan masuk neraka. Padan muka.