kOMEN : aPA NIE pOK jIB ? Tup-tup di kala MAS rugi hampir setengah bilion manakala AirAsia untung 1 bilion dan saham MAS dibeli Air Asia ... Pok Jib belanja sakan RM1.4 bilion kunun nak bela warga emas, kanak2 dan balu polis dan tentera.
Dah tak der cara lain nak dapat undike? Perabis wang negara yang tak tentu hala. Kamu(Najib PM) dah lupa ke ? Kementerian yang dah ada jaga kebajikan warga emas , kementerian dan agensi yang jaga balu dan isteri polis dan tentera. Begitu juga kementerian dan agensi yang jaga hal-ehwal kanak-kanak. Di kala negara kesempitan wang nak mengurus kamu pula tunujuk baik nak beri elaun RM100 hingga RM450 plak. Bukan kita tak setuju , tapi biarlah di masa ekonomi Malaysia dan baik dan mantap.
Sedangkan masa ekonomi memeuncak zaman Tun M pun Tun tak setuju diberi elaun tetap kecuali fakir miskin.
Warga emas terima peruntukan terbesar RM455 juta
PUTRAJAYA 24 Ogos - Lebih 30 peratus daripada peruntukan RM1.4 bilion dalam program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) akan disalurkan untuk membantu golongan warga emas.
Daripada kira-kira 500,000 penerima bantuan yang disasarkan, warga emas menerima peruntukan terbesar iaitu RM455 juta diikuti orang kurang upaya (RM332 juta), program-program kemasyarakatan komuniti (RM303 juta), kanak-kanak (RM290 juta) dan balu polis dan tentera (RM4.1 juta).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kementeriannya akan memberi bantuan secara berterusan untuk memastikan kumpulan sasaran tersebut keluar daripada kemelut kesusahan.
''Mereka yang memerlukan akan diberi bantuan sara hidup antara RM100 hingga RM450 setiap bulan, jumlah ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Kar1sma yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Di bawah Kar1sma, pelbagai perkhidmatan seperti bantuan kewangan bulanan, pusat jagaan harian, program ziarah dan bantu, insentif OKU produktif, latihan kepada ibu tunggal, pemeriksaan kesihatan dan mamogram serta pusat aktiviti kanak-kanak ditawarkan kepada kumpulan sasaran.
Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, kementeriannya memandang berat soal pengagihan bantuan sara hidup secara tepat kepada semua kumpulan sasaran.
''Pengagihan bantuan yang tepat waktunya kepada semua kumpulan sasar turut menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang baru Hadzir Md. Zain," katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment