Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua hari ini mendedahkan pengundi klon pos dikesan di Parlimen Batu, Setiawangsa dan Wangsa Maju. Kewujudan pengundi klon itu, menurut Tian, disyaki bertujuan untuk membolehkan pengundian berulang dilakukan. Menurutnya, semakan daripada daftar pemilih bagi suku kedua 2011 mendapati 34 nama pengundi klon dikesan di Parlimen Batu, 20 di Parlimen Wangsa Maju dan 115 di Parlimen Setiawangsa. Pengundi klon pos yang dimaksudkan adalah pengundi yang mendaftar untuk bertukar alamat, tetapi nama mereka masih tersenarai dalam senarai pengundi biasa yang bercetak.
Ia merujuk kepada isteri kepada anggota pasukan keselamatan seperti polis dan tentera. “Sebagai contoh Shakira binti Ismail, isteri kepada IKD1092267 dengan nombor kad pengenalan 680820025644. Nama ini dikatakan telah bertukar alamat. Tetapi apabila diperiksa secara dalam talian, lokasinya tetap di Parlimen Batu.
“Ini hanya segmen pengundi pos di tiga kawasan Parlimen. Kita masih belum lagi memeriksa senarai induk pengundi pos dari seluruh negara dan membandingkan data pengundi dalam talian dengan versi cetak yang dibekalkan kepada orang awam,” kata Tian Chua pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN.
Bercakap lebih lanjut, Tian berkata, penambahan pengundi pos di ketiga-tiga kawasan Parlimen itu turut dikesan berlaku secara mendadak. Pengundi pos tentera pada tahun 2009 berjumlah 296 meningkat kepada 13,265 pada 2010. Manakala undi pos polis berjumlah 889 pada 2009 pula meningkat kepada 3,207 pada tahun 2010.
Menurutnya lagi, statistik pendaftaran pengundi baru yang merupakan pasangan kepada anggota keselamatan di tiga Parlimen itu meningkat mendadak iaitu daripada 313 pada 2009 kepada 17,270 pada pada 2010. Adakah kita mengambil lebih ramai tentera atau mereka semuanya secara tiba-tiba mahu mengundi? Berapa banyak tentera di negara ini yang layak untuk mengundi dan berapa ramai yang masih belum mendaftar?
“Apakah jumlah maksimum pengundi pos yang boleh didaftarkan sebagai pengundi daripada pihak polis dan tentera sekarang? Ia seperti boleh meningkat pada bila-bila masa,” kata Tian./kd
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment