Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 12, 2011

RUMAH ALLAH PUN DISERANG INIKAN HOSPITAL !


Kalau diimbau semula perhimpunan bantah PPSMI , pihak Polis yang majoroti ISLAm apatahlagi Pegawai atasannya sanggup menerima arahan amembabibuta pemimpin politiknya sehinggakan menyerang pihak pendemo sehingga ke dalam kawasan masjid dan sehingga asappun sampai ke dalam ruang solat.





Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin dalam perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam hari ini tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi.

Hasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman.

Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital.

Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan.

http://nmjnh.wordpress.com/2009/03/12/isu-disebalik-demonstrasi-ppsmi/

2 comments:

Anonymous said...

duit zakat,anak yatim dan duit masjid sanggup dia rembat, inikan pulak duit rakyat.

Anonymous said...

Melayu mudah lupa...?
Orang Islam mudah lupa jugak...?

http://www.youtube.com/watch?v=TCkvy3uClno&feature=player_embedded