Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, July 3, 2011

PM SEBENARNYA SUDAH BERKEMPEN, BANK BERGABUNG MAKAN TAK YAKIN

BN melalui PM dan TPM nampaknya sudah mula buat kempen Pilihan Raya.Biasanya bila berkempen Bn sanggup mengeluarkan kenyataan merapu, lebih-lebih lagi PM berlagak macam mampu memegang Kementerian Kewangan.

MIRI: Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Sarawak (SBEU) membantah kemungkinan penggabungan RHB Bank dengan salah sebuah bank lain di negara ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini membuat kelulusan pihak yang berpotensi untuk mengambil alih RHB Bank, sama ada CIMB Bank atau Maybank.
“Kita meminta supaya BNM tidak terlalu mendesak atas hal ambil alih RHB sama ada oleh Maybank atau CIMB,” kata Ketua Eksekutif SBEU, Andrew Lo Kian Nyan melalui kenyataan medianya selepas bermesyuarat di Pustaka Miri, kelmarin.
Menurutnya, setelah analisis dan kajian terperinci, SBEU percaya bahawa cadangan berkenaan bukan jalan terbaik untuk pemegang saham dan komuniti berdasarkan beberapa faktor.
Beliau pada masa sama turut mencadangkan kerajaan menubuhkan satu badan pemantau khas dan jawatankuasa untuk mengkaji tentang kesan penggabungan. Ini bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna dan ekonomi dalam skala yang besar, katanya.
“Kita minta Perdana Menteri (PM) untuk tidak memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melepaskan RHB kerana ia merupakan penyumbang dalam jangka masa panjang,” jelasnya.
SBEU turut menasihatkan supaya pengguna, kumpulan perniagaan dan ahli-ahli KWSP agar meminta PM mengarahkan BNM menyemak semula keputusan berhubung penggabungan berkenaan.
Walaupun baru-baru ini media melaporkan bahawa CIMB telah melupakan hasrat penggabungan, namun Maybank tidak berkata apa-apa dan ia menimbulkan keraguan tentang masih wujudnya hasrat tersebut.
“Perkara ini terjadi sebelum ini dalam kes penggabungan Hong Leong Bank dan EON Bank di mana perbincangan masih berlaku dengan senyap walaupun pada mulanya menunjukkan tidak ada minat,” tambah Setiausaha Agung SBEU, Peter Ling Tiong Ho.
Menurutnya, SBEU sangat bimbang terhadap penggabungan tersebut, namun pada masa sama mahu ahlinya bersedia supaya tidak terkejut dengan kemungkinan perubahan secara tiba-tiba.
Posted by santubong at 10:59 AM

2 comments:

otaistillkick said...

PM memang dah merapu ..... dia lupa siapa tekan Pak Lah . Orang UMNO ke orang lain.....

zul_neem said...

assalamualaikum

Untuk leekonu,luahan fikiran macam itu tidak menarik dan tidak dapat menjadi bahan-bahan pemberitaan untuk mereka-mereka yang mempunyai daya interlectual yang tinggi dan berhemah didalam dunia politik dan ilmu,apatah lagi untuk menarik dan mencari penyokong-penyokong bersama kita.Boleh beri komentar sedikit tentang Tanjong Pagar milik rakyat malaysia atas nama kepunyaan Keretapi tanah Melayu diberi kepada Singapura atau macam mana boleh terjadinya pengabungan antara bank-bank yang mengakibatkan rioh rendah dimasa kini.Untuk makluman leekonu apakah yang tersirat didalam pertitahan Yang Dipertuan Agong baru-baru ini tentang perkembangan Bersih.Jangan hentam sebarangan kerana disana dan disini terdapat manusia yang banyak mempunyai otak dan daya fikiran yang baik dan dibentuk diluar acuan Umno dan pimpinannya.Apa yang lebih penting penyalahangunaan kuasa oleh agensi -agensi kerajaan tidak dapat meruntuh hak-hak rakyat didalam perlembagaan negara dan undang-undang malaysia.Untuk leekonu adalah elok kita berbicara atau untuk meyampaikan sesuatu mesej hendaklah mempunyai asas-asas bukti yang baik dan diterima oleh kebanyakan orang bukannya lepaskan geram.Buat masa ini baik dari pendukung kerajaan maupun pembangkang terpaksa memperuntukkan wang perbelanjaan yang tinggi untuk kos tanggung keluarga,pengankutan,pendidikan dan kesihatan.Umpama harga minyak dan makanan.Sekira kita penyokong kerajaan(BN) adalah lebih baik kita mengamati segala kritikan dari pembangkang dengan fikiran terbuka demi kebaikan kita bersama yang hidup dibumi dan menghirup udara yang sama dinegara yang bernama MALAYSIA.