Timbalan YDP PAS Gombak meninggal dunia
Teman pernah semasa menjadi su JPRK pernah bersama-sama beliau merangka strategi untuk PilihanRaya Hulu Selangor. Beliau ada kunci kejayaan PAS sebelum ini merampas banyak DUN dan Parlimen di Selangor.
10 Julai - Timbalan Yang Dipertua PAS Gombak, Mohd Radzi Yusuf meninggal dunia diHospital Selayang awal paginya.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor difahamkan mengalami masalah paru-paru dan sudah terlantar sakit sejak beberapa minggu lalu.
Jenazah beliau kini dibawa ke kediamannya di Taman Selaseh, Gombak dan disolatkan selepas Zohor di Masjid Ar-Rahimah Greenwood dan dikebumikan di Tanah Pekuburan Karak, Taman Batu Muda.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital sama pada Mei lalu.
Allahyarham juga pernah mengalami pembedahan kecil untuk menguji tisu pada paru-parunya sebelum ini.
Al Fatihah....
No comments:
Post a Comment