Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, July 9, 2011

INNALILLAH MANGSA KEZALIMAN NAJIB PERTAMA!

TERKINI!!

BERITA SEDIH DARI HOSPITAL KUALA LUMPUR!

SUAMI KEPADA KETUA WANITA PKR CABANG TITIWANGSA, BAHARUDIN BIN AHMAD TELAH MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI AKIBAT TERJATUH KERANA SESAK NAFAS ASAP GAS PEMEDIH MATA!!

MENURUT TWITTER ADUN SRI MUDA, SHUHAIMI SHAFIEI:


Suami kepada ketua wanita setiawangsa telah kembali kerahmatllah sebentar td akibat dr sedutan gas pemedih api yg berlebihan. Kejam!!!

JELAS, INI AKAN MEMBERIKAN TAMPARAN HEBAT BUAT NAJIB ALTANTUYA DAN PDRM SENDIRI!

JENAZAH KINI BERADA DI BILIK MAYAT HOSPITAL YANG SAMA.

SEMENTARA ITU - DI IPK KUALA LUMPUR

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

Beliau adalah antara tujuh orang yang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

SAH UMNO-APCO TAKUT DENGAN PAKATAN RAKYAT!!

TAKBIR!!!

JALAN PULANG

8 comments:

Awang Afif said...

Allahu Akbar!

zul_neem said...

assalamualaikum

Tarikh Julai 9/11 membawa makna kepada perjuang-perjuang rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa samaada di malaysia maupun diluar malaysia bersatu hati, berani,kental,berazam,maju,mara,rapat
dan ingin melihat keadilan disamping memberi peringatan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat yang akan dan pasti menjatuhkan kerajaan korup yang menggunakan agensi-agensi kerajaan seperti polis demi kepentingan mereka akan tersungkur dan tersembam ditanah, air dan darah mereka iaitu negara dikasih lagi disayangi iaitu MALAYSIA.Untukmu yang gugur akan menjadi bunga-bunga negara yang akan dikenang anak-anak bangsa Malaysia,semoga rohmu mendapat pengampuan dan kebahagian disisi Allah dan diletakkan kedalam golongan syuhada.

bugis johor said...

agak2 la klu kita mengikut pemimpin yg kita tahu menyokong murtad ni,siap ofer yuran guaman percuma pada sesapa yg berniat utk murtad .klu mati dikira mati syahid ke

Anonymous said...

1:Wahai Sdr Bugis Johor, himpunan BERSIH bukan agenda peribadi Datuk Ambiga. Ia adalag suara rakyat marhaen. So menyertai himpunan ini tidak bererti bekerja utk beliau.
2: Khidmat guaman disediakan oleh kesemua ahli BERSIH iaitu 62 NGO dan parti-parti terlibat.
3: Menentang kezaliman dan kedurjanaan KERAjaan Be End adalah kewajipan ke atas setiap Muslim,menunaikan kewajipan insya ALlah dikurniakan pahala oleh ALlah.
4: Sdr. Bugis menyokong KERAjaan yg dari dulu , kini dan selamanya menolaak Islam, rasuah, kronisma, halalkan judi, memperlekehkan peribadi RasuluLlah saw, salah guna kuasqa dan kewangan amanah rakyat, jual harta negara dan byk lagi, boleh paghala ke ? Umnoapco boleh beri syurga ke? Tak berasa malukah Sdr Bugis sendiri menulis menggunakan tangan anugerah ALlah utk menentang kebenaran Islam yg di dokongi rakyat marhaen?

zul_neem said...

assalamualaikum

agak-agaknya gaya hukum logika sdr bugis johor itu keatas peristiwa pengambilan atau menyerah tanah rakyat malaysia di Tanjong Pagar diSingapura dibawah pimpinan bukan Islam(kafir) itu macam mana pulak ya.teman nak tanya kalau boleh jawab,kerana teman ikut gaya logika sdr bugis johor.Bolehke teman menghalang dan memaki hamun ahli-ahli bomba yang datang, terdiri dari orang kafir untuk memadam api yang membakar rumah teman.atau boleh ke teman sepak terajang keatas kawan teman yang kafir mengingatkan teman waktu solat dah masuk atau mengatakan tak sembahyangka.Apa yang lebih baik dan sepatutnya wajib diikuti yang sebagaimana yang terdapat didalam alquran yakni betolong-tolonglah kamu membuat kebaikan dan janganlah bertolong-tolongan membuat keburukan(kejahatan).

bugis johor said...

bagi aku la selagi pemimpin tersebut islam dan mengamal kan amalan2 islam adalah haram bagi aku untuk menjatuhkannya.Ambiga adalah tulang belakang tuntutan2 yg bagi aku menentang islam itu sendiri.cuba selidiki sendiri apa yg dia dah buat.apa bila kita mengankat dia ni sebagai peminpin maka dengan sendirinya menjadi kan dia dan org2yg merasa kuat utk menekan kerajaan supaya tuntutan nya diterima pakai.sangupkah kita membiarkan anak2 kita dinafikan hak sebagai org islam sehingga berumur 18 tahun,wang zakat boleh digunakan utk org bukan islam.tak mustahil ini semua boleh berlakukannya.apa bukti yg dia tidak akan membuat tuntutan supaya islam tidak lagi menjadi keutamaan di negara ni.kalau ini semua berlaku sangupkah kita menangung dosa yg kita lakukan yg menyebabkan kafir harbi yg mrmerintah negara.sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lagi.percayalah jika kita terlepas apa yg kita ada hari ni kita tidak akan dapatnya semula.aku bukan penyokong kerajaan bahkan undi yg lalu pon aku tak mengundi bn pon.sebagai islam kita kena berfikir secara logik la..tapi jika bersih dipimpin oleh org islam sendiri tampa ada org politik yg terdesak di belakangnya aku pon sokong pa.kaji apa tindakan kita baik atau buruknya jgn melulu menyokong yg menentang kerajaan je.bohong la kalau mengatakan semua yg kerajaan buat menidas dan zalimkan mesti ada yg mendatangkan kebaikannya juga....takkan takda satu pon.jgn la membutakan mata,hati kita semata2 mengikut kehendak peminpin kita. kita kan ada akal yg boleh digunakan utk berfikirkan.

zul_neem said...

assalamualaikum

nak disebut 8 tuntutan yang dibuat oleh pihak Bersih secara ringkas dan dikatakan oleh sdr bugis johor menentang Islam seperti berikut

1.Bersihkan senarai undi
2.Mereformasikan undi pos
3.Guna dakwat kekal
4.Masa kempen minima 21 hari
5.Akses media yang bebas dan adil
6.Kukuhkan institusi awam
7.Hapuskan rasuah
8.Hentikan politik kotor(untuk semua parti-parti politik dimalaysia)

Dan pemimpin Islam seperti Hishamuddin meyebut haram bagi Bersih untuk berdemo dan pemimpin Islam seperti Najib tidak melayan dan tidak membuka pintu rundingan dengan mereka.Sedangkan amalan Islam mengajar pemimpin Islam didalam sebuah negara Islam dimana peminpimnya mesti dengar dan melayan atau berunding dan memberi nasihat atau menerima nasihat dari rakyat yang membuat tuntutan, baik yang bersifat kebaikan ataupun keburukan.Sebab Islam itu sifatnya adil kerana didalam perundangan Islam sudah ada peruntukan bersifat tindakan yang boleh diambil keatas rakyat yang memberontak atau melawan setelah diberi peluang kepada mereka untuk berunding,mengisi kehendak-kehendak mereka yang tidak bersalahan keatas prinsip sebuah negara Islam,membantu dan memberi bantuan,membaikpulih atau menjaga hak-hak mereka sebagai rakyat didalam sebuah negara Islam.Tapi apa yang berlaku pintu rundingan telah ditutup kata Ketua Polis Negara,nak jumpa Agong pun tak boleh ,dalam perlembagaan negara boleh benarkan berdemo atau tunjuk perasaan cara aman.Permasalahan yang ditimbulkan oleh sdr bugis johor bagi pendapat saya adalah timbul hasil kekeliruan atau natijah yang berjalan keatas amalan dan perlaksanaan kerajaan Umno(melayu) sepanjang 50 tahun pemerintahan dibumi malaysia ini adalah bersifat sekular dan Islam itu tidak dijadikan asas dan isinya tidak meresapi instrument-instrument sosial-ekonomi dan budaya rakyat malaysia.Ini membuatkan sistem pendidikan Islam yang ada dimalaysia tidak begitu berjaya dan gagal membentuk peribadi muslim yang baik apatah lagi untuk memberi kefahaman Islam yang jitu kepada rakyatnya terumtamanya umat melayu itu sendiri.Maka timbullah ambiga dan pimpinanya dan perkara-perkara yang dibangkit oleh sdr bugis johor itu tadi.contoh yang baik yang perlu direnungi dan dipelajari falasafahnya ialah ketika rasullah dan tenteranya menawan Mekah telah tidak merampas hak penjaga pintu kaabah yang kafir tapi membenarkannya sehinggalah keterunannya dihari ini.Dan untuk membantu menghilangkan kerisauan dan kesedaran politk keatas sdr bugis johor hendaklah rapat-rapat dan mendekati PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS) secara memebuat penyelidikkan,kajian dan baik buruk dari semenjak penubuhannya sehinggalah dihari ini didalam zaman pemerintahan melayu UMNO.Adalah halal menjatuhkan pemimpim Islam yang tidak menjalankan pemerintahan islam sebagaimana kehendak alquran dan sunnah rasullah digantikan dengan pimpinan Islam yang baik lagi bertakwa yang ingin menjalankan pemerintahan islam walaupun menghendaki bantuan daripada orang-orang kafir(zimmi) didalam sebuah negara Islam itu.Maka dalam contact negara Malaysia yang politknya beramalan demokrasi dimana Pilihan raya adalah alat terbaik untuk memilih sebuah kerajaan.maka sudah tentu 8 tuntutan dari Bersih perlu dilayan dan diambil kira.jangan mencari alasan keatas standard kefahaman islam kita untuk menolaknya.tapi perlulah merujuk dahulu kepada mereka-mereka yang lebih pakar dalam soal hukum hakam Islam mengenai ambiga yang mengetuai commitee Bersih dan disokong oleh rakyat dan parti-parti politik termasuk PAS demi kebaikan pihak kerajaan maupun pihak pembangkang(Pakataan Rakyat) di malaysia.

bugis johor said...

anda dah kaji ke siapa ambiga ni.latarbelakangnya sejarah hidupnya sebelum mengikut telunjuknya?