Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, July 12, 2011
MALAYSIA DISELAR MARUAH BN TERCALAR
PBB selar Malaysia kerana perlekeh demokrasi
[TMI] KUALA LUMPUR 12 JULAI : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.
Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah “mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.”
Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.
Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.
Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.
Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis akan menggunakan rakaman video sebagai bukti untuk mendakwa di mahkamah pihak-pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak beasas terhadap pasukan keselamatan.
Meskipun polis telah mengatakan bahawa pihaknya sudah membebskan kesemua 1,667 tahanan pada hari yang sama Sabtu lalu, PBB berkata tindakan menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj belum lagi dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.
La Rue berkata tindakan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai gerakan haram tanpa bukti kukuh juga satu lagi halangan tidak munasabah ke atas hak sivil dan politik.
Bersih mendakwa telah dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 orang di ibu negara tetapi dinafikan oleh pihak polis.-The Malaysian Insider
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/07/pbb-selar-malaysia-kerana-perlekeh.html#ixzz1RrY3Z9yx
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment