Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, July 25, 2011

ASTRO PUN MACAM PLUS , SAHAM KERAJAAN ADA DALAMNYA !

Komen : PPIM ini semasa UMNO/BN menghentam PAS dan Pakatan Rakyat tentang penggunaan perkataan ISLAM ...senyapjer????.Al-maklumlah, ASTRO dalam segi menaikan caj macam PLUS(Projek Lebuhraya Utara Selatan) juga. Pemimpinnya beria-ia komlen pasalh Tol naik ananti kesan pada rakyat tapi bila dah naik lain pula cakapnya. Kata-kata selepas naik " Caj Tol Malaysia masih rendah berbanding negara luar". Dalam kes Tol naik harga tak pula PPIM bersuara? Paadahal ramai pengguna PLUS beragama Islam. Abis kenapa boikot kes terpilih?
Tup-tup masa kes ASTRO ini beria-ia nak perjuangkan nasib pengguna ASTRO yang beragama Islam.Pada teman bukan prioriti pejuangkan setakat caj Astro yang mana penggunanya adalah dari semua agama dan bangsa.Sewajarnya disambut semua NGO sepertimana NGO membuat laporan polis terhadap Perhimpunan BERSIH.
Satu lagi , kalau benar Pemimpin PPIM ini nak boikot serius ..buatlah sidang media dengan melakukan Full Settlement Borang Henti jadi pengguna ASTRO, bukan setakat bercakap di TV dan media dan bukan setakat tak tengok ASTRO tapi masih ada akaun yang perlu dibayar. Bak kata orang , benci tapi rindu! dan Tindakan PPIM hanya umpama 'Hangat-Hangat Taik Ayam'

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, PPIM sangat kecewa kerana pihak pengurusan Astro meneruskan harga pakej langganan walaupun kerajaan telah mengumumkan yang mereka tidak meluluskan kenaikan tarif tersebut.
” Kami di PPIM percaya Astro telah nekad menaikkan harga walaupun tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selaku pengawal selia dan pemberi lesen bagi sektor penyiaran dan telekomunikasi.
” Sehubungan itu PPIM akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang untuk memastikan hak pengguna dibela dan syarikat Astro beroperasi dengan tidak menindas pengguna,” tegasnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada bulan Jun lalu, Astro mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa pada 11 Julai lepas dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sehubungan itu, PPIM telah melancarkan kempen ‘boikot Astro’ dan mengecam stesen televisyen berkenaan.

No comments: