SPR dan Gabungan BERSIH boleh bincang cari penyelesaian terbaik untuk semua
Merujuk kepada kenyataan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini.
Kita mengalu-alukan permintaan SPR untuk berjumpa dengan BERSIH walaubagaimanapun Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) janganlah mengenakan syarat terlebih dulu sebelum berjumpa dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
Sepatutnya beliau sedia berjumpa dan berbincang serta cari penyelesaian yang terbaik dulu sebelum memberi kata putus samaada perlu atau tidak demostrasi BERSIH diteruskan atau tidak.
Sementara itu, Aziz berkata, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.
Ini juga cadangan yang baik kalau ianya benar-benar membantu menyelesaikan sebahagian daripada masalah pengundi dari mengundi 2 kali tetapi pastikan tidak ada berlaku penyelewengan semasa proses mengundi nanti disebabkan sistem biometric boleh terjejas disebabkan oleh masalah terputusnya bekalan elektrik atau “server down”. Adakah SPR bersedia menggunakan sistem biometric ini ke kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak dimana alat penghubungan di Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan.
Adakah alat atau sistem ini boleh berfungsi dengan baik dimana bekalan elektrik sukar didapati dalam kawasan yang jauh di pendalaman kalau dibanding dengan menggunakan dawat yang boleh dibawa atau digunakan pada bila-bila masa tanpa had.
Walaubagaimana pun sistem biometric ini sesuai dalam kawasan Bandar dan juga boleh digunakan oleh pengundi POS dimana mereka akan dapat dikesan dengan baik melalui senarai nama yang ada dalam pendaftaran penggundi POS yang layak menggundi agar mereka tidak dapat mengundi berulang kali di kawasan lain.
Kalau sistem biometric ini diguna dan dikawal dengan sebaik mungkin, kita yakin masalah penyelewengan semasa proses mengundi dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya disebabkan yang mengenalinya adalah manusia yang sudah pasti ada kelemahan terkecuali mereka yang mengurus dan menjaga alat ini benar-benar amanah dan jujur. Apa yang penting mereka yang diamanahkan untuk menjaga dan mengurus alat ini mestilah mereka yang jujur dan amanah tanpa mengira fahaman politik.
Kalau SPR yakin boleh mengenalinya dengan baik dan dipersetujui oleh semua pihak tanpa sebarang keraguan maka perkara ini boleh dibincang semasa pertemuan dengan pihak yang berwajib dan dengan pihak yang berkenaan
Kita mahu SPR menjalankan sistem pilihanraya dalam Malaysia ini dijalankan dengan adil, jujur, amanah dan bersih agar rakyat Malaysia dapat menerima keputusan pilihan raya umum nanti dengan hati yang terbuka tanpa sebarang keraguan. Diharap perkara ini boleh dibincang dengan terperinci lagi dikalangan mereka yang diamanah untuk mengenalinya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment