Selangor cadang internet TV bagi penduduk luar bandar
Jun 28, 11 11:17am
Kerajaan negeri Selangor semalam membincangkan kemungkinan membekalkan teknologi televisyen protokol internet (IPTV) kepada penduduk luar bandar dalam usaha menyebarkan maklumat kerajaan negeri ke kawasan pedalaman.
NONEKetika mengemukakan idea berkenaan pada Dialog Bajet Selangor 2012, exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail berkata dengan memperuntukan RM35 juta mulai perbelanjaan tahun depan, kerajaan boleh bersiaran di internet melalui TV Selangor yang dimilik negeri itu kepada penduduk luar bandar.
“Kita miliki TV Selangor, tetapi kebanyakan penontonnya adalah dari luar negara. Kenapa kita tidak pasang enkoder (IPTV) supaya ia (TV Selangor) dapat dikongsi oleh masyarkat menerusi televisyen?
“Angka RM35 juta ditimbulkan oleh speaker (Selangor Datuk Teng Chang Khim) dan kita cadangkan ia dibayar secara berperingkat,” kata Rodziah.
TV Selangor adalah milik kerajaan negeri dan menyiarkan berita tempatan dan nasional serta rakaman langsung sidang dewan undangan negeri Selangor.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas pembentangan sesi tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Subang Jaya, Rodziah berkata buat masa ini 60 peratus penonton TV Selangor adalah penduduk luar negara, manakala bakinya adalah penduduk bandar di negeri itu.
“RM35 juta itu adalah bagi membekalkan enkoder bagi kawasan luar bandar, tetpai bagi yang mampu, mereka digalakkan bagi membelinya sendiri,” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment