Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan 
mengurangkan harga bahan api dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat 
mengambil alih kerajaan persekutuan.
“Pemimpin-pemimpin Umno boleh mengatakan apa sahaja (mereka) mahukan,” kata 
Anwar pada satu ceramah di Brickfields di sini hari ini.
“Saya pernah menjadi menteri kewangan. Saya tidak mahu menjanjikan 
perkara-perkara yang mustahil,” katanya lagi.
Pentadbiran Najib baru-baru ini menaikkan tarif elektrik selain mengurangkan 
subsidi diesel bagi kapal-kapal perikanan laut dalam dan sembilan kelas 
kenderaan komersial.
Putrajaya sejak tahun lalu memperkenalkan dasar pelarasan subsidi yang 
membawa kepada kenaikan harga bahan api dengan harga RON97 diapungkan secara 
berperigkat-peringkat.
Sejak awal tahun ini harga RON97 sudah naik empat kali.
Anwar juga mengecam pentadbiran Najib kerana mengurangkan subsidi pengguna 
sedangkan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas, yang mencecah RM19 bilion 
tahun ini tidak disentuh sama sekali.
“Apabila yang kaya menerimanya, ia (dikatakan) insentif. Apabila nelayan 
miskin menerima, ia subsidi,” kata beliau ketika berucap di hadapan 
kira-kira 500 hadirin.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan  ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga  sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
penin
pm n bik momma asyk keluaq negara shj....duit lgik...cubala jimat ckit...rakyt bwhan dah xtau camna nak bejimat...kesian kat org kg...aniaya org namanya tue...doa org teraniaya insy allah makbulkan...amin
Post a Comment