Orang Asli gegarkan konvensyen pilihan raya PKR
SHAH  ALAM: Seandainya “Anugerah Pemidato Paling Popular” diwujudkan dalam  Konvensyen Pilihan Raya PKR yang bertemakan “Demi Rakyat”yang  berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam, anugerah itu  seharusnya diberikan kepada wakil orang Asli, Fatimah Bah Sin.
Wakil orang Asli yang berasal dari suku kaum Semai tersebut menggamatkan  dewan konvensyen dan menerima tepukan gemuruh daripada lebih lima ribu  perwakilan dari seluruh negara setiap kali beliau menghabiskan ayat.
Setiap hujah yang beliau sampaikan dalam bentuk yang amat mudah difahami  tetapi berbentuk  terus ke fakta, menerima tepukan dan laungan  kata-kata semangat daripada perwakilan.
Bercakap di atas pentas untuk kali pertama Fatimah ternyata agak gemuruh  di awal ucapan beliau tetapi sambutan daripada perwakilan yang tidak  putus-putus melaung nama beliau sebagai tanda mengiyakan hujah yang  beliau sampaikan membuatkan Fatimah menguasai pentas dengan cukup baik.
Fatimah memulakan pidato beliau dengan mengecam kerajaan Barisan  Nasional (BN) yang mengkategorikan  orang Asli dalam kategori bangsa  sebagai “Lain-lain”.
“Kenapa orang Asli dikategorikan sebagai bangsa Lain-lain? Habis itu orang Asli ini datang dari mana?
 
“Tanah orang Asli diceroboh untuk tujuan pembangunan dan pembalakan.Kami  bukan minta bangunan tetapi kami hanya meminta hak milik tanah untuk  tapak rumah kami dan untuk kami tinggal di situ tanpa gangguan pihak  luar”, tegas Fatimah.
Seperti mana yang berlaku keterbukaan di Konvenysen Nasional PKR di Kota  Bahru tahun lepas apabila Menteri Besar Selangor Selangor Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim menerima pelbagai kritikan pedas daripada perwakilan;  pada konvensyen PKR Ahad lalu kepimpinan tertinggi PKR tidak terlepas  daripada teguran dan peringatan daripada perwakilan.
Fatimah menggunakan peluang berucap di hadapan keseluruhan kepimpinan  tertinggi PKR memberikan peringatan  agar tidak melupakan orang Asli.
“Jika PKR ingin menang di dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 nanti, PKR  harus mendekati kami. Jangan masa PRU baru nak dekati kami tetapi  selepas PRU habis, tak jenguk kami.
 
“Saya menyeru kepimpinan tertinggi, negeri, cabang dan ranting turun ke  kampung orang Asli untuk menyelami masalah kehidupan yang kami hadapi”,  kata Fatimah lagi dan disambut tepukan gemuruh dari perwakilan.
Wakil Umno
Fatimah juga berkongsi pengalaman apabila beliau pernah menjadi  perwakilan Umno ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana  Menteri.
“Saya menjadi perwakilan tetapi perwakilan ibarat burung belatuk yang  hanya menggangguk dan berkata “tok” tok” “tok” tanpa boleh  mempertikaikan atau mengkritik apa-apa tentang kepimpinan Umno.
“Umno kata mereka membela orang Asli tetapi hanya menjenguk kami setiap  kali PRU.Kini orang Asli sudah sedar dan jangan kongkong kami!” teriak  Fatimah dan suasana dewan kembali gamat dengan sorakan perwakilan yang   memanggil nama “Fatimah!”, “Fatimah!”, “Fatimah!”.
Fatimah juga mengingatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, janganlah  beliau lupa pada orang Asli.
Dewan sekali lagi gamat apabila perwakilan bersorak “Ya!”, “Ya!”, “Ya!” sebagai tanda setuju dengan saranan Fatimah.
Fatimah mengakhiri ucapan beliau dengan desakan meminta kepimpinan PKR  memberikan informasi kepada masyarakat orang Asli agar mereka juga  sama-sama dapat melakukan perubahan dalam landskap politik tanahair.
Fatimah juga sempat mengusik Anwar dan Presiden PKR Datin Seri Wan  Azizah Wan Ismail  apabila beliau meminta pemimpin tersebut mengadakan  Konvensyen PKR pada tahun depan di kawasan  orang Asli dan dewan sekali  lagi gamat dengan gurauan Fatimah.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan  ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga  sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
kesian org asli ni...jd bahan sorakan dan ketawa org ramai...
Post a Comment