Maka bagi jawapan untuk perkara 10(1)(b)Perlembagaan persekutuan,polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijaminkan.Maka,marilah kita beramai-ramai menyahut panggilan BERSIH untuk berhimpun ditempat yang telah ditentukan pada tarih 9 julai dengan semangat 1 Malaysia dan patriot tanpa risau dan sasau.Elakkan diri dari menjadi buta huruf dan bangang keatas makna dan maksud perkara 10(1)(b) Perlembagaan persekutuan untuk rakyat malaysia umumnya.Hendaklah kita menyahut panggilan sebgaimana dibahasakan oleh orang melayu lama tidak melayu baru sebagai peribahasa atau talibun dibawah ini
Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh
Ayuh dengan langkah jihad dan kerakyataan Malaysia bersama BERSIH demi keadilan dan kebajikan rakyat malaysia
No comments:
Post a Comment