Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 5, 2011

SEBELUM SUBUH ESKAY DAH DAPAT LAKNAT !

Laknat Awal Terhadap Eskay?

Jambatan Bengkok: Shazryl Eskay kalah kes tuntut RM20 juta.
Apa peranan Datuk Eskay sampai nak komisyen RM20,000,000 ? Adakah sebab beliau kenal rapat pemimpin besar atau menteri yang ada kuasa besar?


MInsider | Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan “komisen” bagi mendapatkan projek “Jambatan Bengkok”, 13 tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes Shazryl Eskay, salah seorang “Datuk T” dalam isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu, ke atas Datuk Yahya A. Jali selaku pemegang saham utama syarikat tersebut.

Eskay memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.

No comments: