Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, May 15, 2011

PERALATAN MODEN YANG CANGGIH TIDAK LAYAK JADI DALIL PENGHAKIMAN ISLAM


12 Jamadilakhir 1432H,

SHAH ALAM, 15 MEI : Ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berdepan dengan kes rakaman video fitnah seksnya, “sangat wajar mengadu terus ke hadrat Allah S.W.T.”

“Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s.w.t dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini,” kata beliau pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Ucapan Dr Wahbah telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu didedahkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu dan semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, analisis pakar dari Amerika Syarikat mengesahkan ia sebagai tulen.

Dalam pada itu Dr Wahbah menambah, peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.

Katanya, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

“Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral,” tegasnya.

Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri.

Dr Wahbah juga menyatakan al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Tegasnya lagi, jika si penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik.

Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.

“Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya,” tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H.

Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas.

Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden.

Malah, ujarnya, Majma’ Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.

Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya.

“Umat Islam hendaklah mengambil syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,” jelas beliau.

Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah s.w.t. datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir.

Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari dan berakhir hari ini.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.-tvs

2 comments:

free compass said...

"Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga".

persoalan: siapa NIK AZIZ untuk menentukan siapa masuk syurga atau masuk neraka?

zul_neem said...

assalamualaikum

Sekiranya ungkapan ini lahir dari mulut najib,hishammuddin,rais yatim,taib mahmud dan sengkatan dengan mereka.,mungkin kita boleh mempersoalkan dengan kelengkapan ilmu agama yang ada pada meraka.Sekiranya seorang hakim menjatuhkan hukuman keatas seseorang yang terbukti kesalahannya,mungkin kita menyakini kaedah,letak duduk,pengambilan,penafsiran dan kefahaman keatas undang-undang yang telah diluluskan dan berkenaan keatas sesuatu kesalahan telah diambil kira oleh hakim atau yang arif tadi.Perlu diimani bahawa syurga dan neraka adalah hak Allah unutk menentukan siapakah yang memasukinya.Tetapi peringatan dan amaran tentang neraka telah dilontarkan oleh allah didalam alquran dan hadith unutk manusia sepanjang zaman.Nabi dan ulama(Pewaris nabi) adalah mereka-mereka yang memberi peringatan dan amaran mengikut kaedah tahap makam yang dimiliki oleh mereka didalam mngeluarkan sesuatu hukum yang bersesuaian daan tidak lari dari kehendak Allah.Wahtyu dari Allah kepada para nabi dan rasul membentuk ilmu-ilmu dunia dan akhirat serta sempadan -sempadan antar halal dan haram.Pemberitahuan siapa yang menjadi ahli-ahli syurga dan neraka adalah ilmu-ilmu islam yang wajib diperlajari dan dihayati oleh umatnya,semoga selamat dari diterkam oleh neraka jahanam.Maka ustaz nik aziz adalah ulama dan umat akhir zaman yang berkebolehan dan berwibawa didalam mengeluar sesuatu pendapat atau pandangan yang bersesuai dengan sesuatu hukum.Sudah pasti ungkapan atau pendapatnya adalah berdasarkan pada makamnya dan ilmu-ilmu islam yang telah ia pelajari.Sesungguhnya teman kasih kepadanya.Semoga teman dimasukkan oleh allah kedalam syurga dengan rahmat dan ampunannya bersama dengan para nabi dan
orang-orang solehin.