KUALA LUMPUR 2 MEI : Sebagaimana yang dijangka, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad kerana kononnya melanggar syarat perkhidmatan dengan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan polisi syarikat.
Hatta menjadi sasaran Utusan selepas lantang mengkiritik tahap kebebasan akhbar arus perdana di negara ini, khususnya Utusan yang disifatkan beliau lebih untuk mengangkat agenda Umno dan bukannya maklumat yang benar kepada rakyat.
Beliau dilihat sebagai Presiden pertama NUJ yang berani menegur pengurusan Utusan yang disifatkannya terlalu mengikut telunjuk pemimpin Umno sehingga menjejaskan kewibawaan Utusan sebagai akhbar yang mencerminkan suara orang Melayu.
"Maknanya keputusan ini membuktikan, apabila kita memperjuangkan sesuatu yang positif iaitu kebebasan media inilah risiko untuk mana-mana wartawan. Kalau kita lantang sikit inilah yang berlaku," kata Hatta.
Walaupun dipecat, Hatta akan terus menerajui NUJ sehingga pemilihan untuk penggal baru diadakan.
"Ini bukan satu tanda nokhta untuk saya memperjuangkan kebebasan media di negara ini. Saya akan lebih agresif untuk memperlihatkan agar media dapat dibebaska, bukan setakat membantu wartawan dalam industri ini tetapi juga untuk mengembangkan Keluaran Dalam Negara Kasar. Di United Kingdom dan Amerika Syarikat media adalah penyumbang ketiga terbesar dalam negara. Di Malaysia industri media tertutup dan tidak menyumbang kepada negara," kata beliau.
"Walaupun saya dibuang kerja, perjuangan ini tidak akan berhenti . Saya harap kawan-kawan terus bersama dengan saya memperjuaangkan perkara ini" tambah Hatta.
Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.
"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.
Bagaimanapun, Hata yang menyertai Utusan pada tahun 1995, dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari terhadap pemecatan itu.
Hata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.
Pada 3 September 2009, Utusan turut memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati salah atas tuduhan menfitnah syarikat itu bersabit aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Posted in: Presiden NUJ
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
assalamualaikum
Apa yang menariknya didalam situasi yang berlaku dinegara-negara timur tengah dimana majority rakyat yang berkehendakan reform kearah keadilan dan pemerintahan menepati jiwa rakyat dimana peranan akhbar-akahbar tempatan dan wartawan turut aktif menyiar dan melaporkan keadaan sebenar yang berlaku dengan tepat dan penuh gaya berani.Teman tertarik dengan AlJazeera,Almanar dan web Ikhwanmuslimin membuat laporan tanpa menyebelahi mana-mana pihak demi berita yang benar dan memenuhi jiwa rakyat tanpa takut berhadapan dengan agensi-agensi kerajaan yang memerintah seperti polis,tentera dan kementerian dalam negeri.Dan lebih menariknya seorang pegawai tinggi AlJazeera dibahagian timur tengah telah meletak jawatan kerana membantah tindakan akhbar itu tidak membuat liputan yang memuaskan keatas peristiwa dan kebangkitan rakyat yang terjadi diBahrain.Tetapi menyedihkan akhbar Utusan Malaysia dinegara kitatidak melempar dan membawa berita yang berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia yang berkehausan berita sebenar umpamanya mengenai senario politk semasa,perkembangan dan naik turun ekonomi negara,sosial rakyat dan permasalahannya,perpaduan kaum,hak dan perundangan,perhubungan luar negara,konspirasi dan fitnah dan paling penting keselamatan negara.Dan lebih malang lagi apabila akhbar ini telah memecat seorang pegawainya yang ingin melihat akhbar ini berjalan diatas jalan yang betul dan berprofessional menepati slogan dan moto media negara Malaysia yang kita cintai .
Post a Comment