Rujuk kepada ucapan PM dalam media TV maka kenyataan Media PAS Perak memanglah benar. Apa taknya, bangangnya seorang PM kununnya mengumpulkan 1 juta belia hanya diberi ucapan politik dan kempen politik. PM cuba menakutkan kaum belia yang secara etikanya tidak digalkkan mencampuri politik. PM sendiri terpaksa melanggar arahan kerajaan agar belia fokus pada pelajaran dan pengajian. Tapi dalam ucapan PM macam 'confden' Putrarajaya akan di lelong. Sapa yang nak lelong, Adakah hak Malaysia seperti Tnjung Pagar dan Batu putih dilelong oleh Pakatan Rakyat? Dah terbukti semua kerugian kedaulatan Malaysia terjual dengan cara bodoh dan hina oleh UMNO sendiri.
Kebodohan bekas PM seperti Tun M yang hati busuk sanggup meminggirkan laluan saluran minyak di perairan Kelantan di alih melalui Thailand.Walau merugikan Kerajaan Malaysia dari segi kos namun dengki dengan Pentadbiran Kelantan yang terdiri majoriti orang Melayu , sanggup Pemimpin UMNO melakukan kerja terkutuk itu.
Kalau begini caranya, memang rakyat patut bangit dengan azam mengajar kerajaan BN dalam Perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai nanti.
26 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA
Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak.
Saya sangat terkejut dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 yang hanya dihadiri sekitar 8000 belia sahaja.Ucapan Najib tersebut menjelaskan lagi apa yang saya dakwakan dalam kenyataan saya kelmarin bahawa pemimpin BN sangat resah , gelisah dan semacam tidak boleh tidur nyenyak memikirkan kuasa yang dimiliki di Putrajaya bakal hilang.
Pehimpunan yang ternyata gagal dari segi jumlah kehadirannya itu ternyata digunakan sepenuhnya najib dan timbalannya untuk melahirkan perasaan resah dan gelisah kepada kuasa yang bakal hilang.
Sungguh malang program yang sudah berbulan dirancang dan dicanang oleh pemimpin BN serta mendapat liputan media cetak dan elektronik itu hanya dihadiri seramai itu . Maka adakah benar-benar mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mermbenarkan mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat seperti yang dilaungkan
Najib dalam ucapanya? .Kerana itu saya menyakini bahawa para belia akan bersama Pakatan Rakyat bagi jatuhkan BN. Oleh itu saya sangat menghargai sikap matang para belia pada masa kini untuk bersama seluruh rakyat malaysia bagi menyelamatkan negara yang kita sayangi ini.
Lucunya Najib cuba merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat seperti di Mesir dan Tripoli dengan katanya Malaysia aman dan stabil dalam keadaan dia menimbulkan suasana tidak aman dan tenteram dengan mengapi-apikan rasa benci kepada Pakatan Rakyat.Sangat malang bagi sebuah negara yang cuba merosakkan para belia dengan perhimpunan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewangan dan dasar yang menindas rakyat.
Tetapi saya ingatkan diluar sana adalah para belia yang tidak akan berhimpun seperti di Asia Barat tetapi mereka akan berhimpun dipusat pengundian dalam PRU 13 akan datang bagi jatuhkan kerajaan BN.
Saya tegaskan bahawa Najib dan para belia yang berhimpun bersamanya di Putrajaya kelmarin pasti tidak dapat menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya kerana Putrajaya tidak akan dapat dipertahankan walaupun sejuta belia yang hadir dengan cara berhimpun.
Jatuhnya putrajaya bukan disebabkan mampu mereka berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi yang lebih populer kepada Pakatan Rakyat yang akan kita saksikan dalam PRU akan datang.
Sebelum ini pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga bercakap nada yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya dengan ketanya "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
Lucunya Najib mendakwa bahawa para belia tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan tuduhan jahat kononnya kami akan melelong Putrajaya.Satu dakwaan yang saya lihat sebagai kegelisahan tahap maksimum seorang pemimpin yang akan bertahan sebagai Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja, sesuai dengan slogan 1Malaysia yang dibawanya.
Ternyata kalau kita amati gelagat najib sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda kegusaran yang serius dan tidak pernah dialami oleh pemimpin UMNO sebelum ini. Beliaulah
satu-satunya pemimpin BN yang dilihat terbukti sedang bergelut dengan sausana sangat getir bagi mempertahankan kusas BN yang telah melewati 50 tahun itu.
Saya tidak dapat bayangkan apakah ucapan dan tindakan lain yang akan dilakukan oleh seorang yang saya sifatkan "gila kuasa" dan sedang melakukan untuk pertahankan kuasanya.
Kenyataan Media,
DRS. KHALIL IDHAM LIM,
PARIT BUNTAR, 29 Mei 2011
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment