Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, May 26, 2011
DULU 2008 KINI MACAM DULU GAK ! DAH AGAK !
Berita ini dipetik dari Pahangdaily pada tahun 2008 lagi. Tapi apa dah jadi kini?
DULU PADA TAHUN 2008.
Masalah gangguan bekalan air ke seluruh kawasan di sekitar daerah Kuantan dijangka dapat diatasi sepenuhnya apabila rumah pam dan muka sauk baru Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, Sungai Kobat di sini siap sepenuhnya dan akan beroperasi Jun, 2009. Muka sauk dan rumah pam yang dilengkapi tiga pam berkuasa tinggi itu menelan kos RM43 juta dijangka mampu menampung bekalan air ke seluruh Kuantan sehingga 2025 dengan keupayaan membekalkan 290 juta liter air mentah setiap hari ke Loji Rawatan Air JBA Semambu dan Bukit Ubi. Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang, Datuk Ir.Ismail Mat Noor berkata, operasi rumah pam baru itu kelak dapat menjamin rizab simpanan bekalan air sehingga 100 peratus sekiranya berlaku sebarang masalah kepada rumah pam sedia ada termasuk terputus bekalan elektrik dan sebagainya.
“Apabila beroperasi kelak, ia dijangka dapat menampung kapasiti bekalan air dari rumah pam sedia ada yang kini menggunakan keupayaan empat atau lima daripada enam pam yang disediakan untuk menyedut air setiap hari. “Keupayaan rumah pam sedia ada mungkin boleh dikurangkan kepada separuh daripada kapasiti sebenar dan bekalan selebihnya itu akan ditampung oleh rumah pam yang baru untuk disalirkan ke loji-loji rawatan air,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja membaik pulih dua paip air berukuran 1.2 meter yang mengalami kebocoran di Rumah Pam JBA Sungai Kobat, semalam.
Menurutnya, sekira berlaku sebarang masalah yang boleh membawa kepada penutupan rumah pam, operasi mengepam air dapat dialihkan sepenuhnya kepada rumah pam satu lagi sekali gus bekalan air kepada pengguna dapat dibekalkan tanpa sebarang masalah,” katanya.
Katanya, bagi menjamin bekalan air domestik dan industri yang mencecah hampir 300 juta liter air sehari, JBA turut menerima punca tenaga elektrik dari sumber kuasa Tenaga Nasional berhad (TNB) Sungai Lembing berbanding kini bergantung sepenuhnya kepada punca bekalan TNB di Indera Mahkota.
Mengulas lanjut mengenai bekalan air yang terputus selama hampir 18 jam di keseluruhan kawasan sekitar Bandar Kuantan, semalam, Ismail berkata, ia berpunca daripada dua paip utama berukuran 1.2 meter di Rumah Pam JBA Sungai Kobat yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air Semambu mengalami kebocoran serius. Katanya, kebocoran itu sebenarnya dikesan sejak Ogos lalu bagaimanapun kerja membaik pulih tidak dapat dilakukan segera kerana boleh menjejaskan bekalan air kepada para pengguna berikutan penutupan Loji Rawatan Air Bukit Ubi lebih sebulan yang lalu.
“Kapasiti air yang dibekalkan ke Loji Semambu mencecah 64 juta gelen setiap hari. Jumlah itu mengatasi keupayaan sebenar paip berkenaan dan impak tekanan itu menyebabkan dua paip ini tidak dapat bertahan selain berlakunya pergerakan tanah dan berlaku kebocoran serius sehingga melimpah. “Sehingga kelmarin, JBA mengesan kehilangan bekalan air sehingga 45 juta liter air setiap hari akibat kebocoran paip berkenaan sekali gus bekalan air mentah yang dibekalkan kepada loji Semambu berada di bawah kapasiti yang sepatutnya,” katanya. Menurutnya, kerja-kerja pembaikan oleh kontraktor yang dilantik dengan kos hampir RM100,000 itu berjalan mengikut jadual namun bekalan air masih belum dapat dipulihkan di sesetengah kawasan sehingga jam 9 malam semalam. (Sumber: Sinar Harian Pahang)
KINI SELEPAS JANJI SIAP PADA 2009.
25 Mei Rabu 2011
Isu Air: Penduduk Kuantan Di Arahkan Bersabar, Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang Berjanji Untuk Menyelesaikan Masalah Itu Selewatnya Malam Ini
KUANTAN, 25 Mei - Penduduk di bandar ini yang sedang berdukacita akibat masalah gangguan air sejak semalam, diminta bersabar buat seketika. Ini kerana pihak kami mendapat maklumat panas, selepas isu ini di siarkan dalam Pahang Daily Online (PDO) Pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang telah dihubungi bertalu-talu oleh rakyat yang mahukan maklumat terkini. Antara jawapan yang diterima daripada pihak JBA Pahang setakt ini ialah masalah tersebut sedang diatasi dan dijangka akan selesai selewat-lewatnya malam ini. Namun, tidak dapat dipastikan pukul berapa ia akan berakhir. Difahamkan kini pihak JBA terpaksa memberikan berbagai alasan kepada mereka yang menghubungi jabatan terbabit. Operator JBA diarahkan menjawab perkara yang sama tanpa memberi waktu yang tepat. Mereka yang mahu mendapatkan info terkini bolehlah menghubungi talian 09-5121040. Anehnya bila ada yang mahu bercakap dengan pegawai yang berkenaan, tiada jawapan yang diterima. Malahan pihak JBA juga bagai menyembunyikan sesuatu apabila tidak dapat memaklumkan siapakah pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ini. Semua pegawai Operator JBA Kuantan dan JBA Pahang diarahkan menjawab "Pegawai cuma beritahu air akan pulih malam ini", tetapi merahsiakan nama pegawai terbabit. Tinjauan kami ke bandar Kuantan tengahari tadi mendapati banyak restoran popular menutup perniagaan mereka hari ini. Jika ada yang buka sekali pun, mereka terpaksa menggunakan pinggan "polystrin" dan cawan "plastik". Orang ramai yang ditemui kecewa dengan senario yang berlaku, tambahan pula ramai diantara mereka tidak dapat bersiap sedia untuk menyimpan air kerana tiada notis awal yang dikeluarkan oleh JBA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment