KUANTAN, 9 April – Wakil Kelantan, Muhammad Hariz Syazwan Mohd Arifin dan Selangor, Farah Nabilah Amindin masing-masing dinobatkan sebagai johan hafazan Al-Quran 1-30 juzuk pada pertandingan menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-32 yang berakhir di sini, malam tadi.
Muhammad Hariz yang memenangi kategori lelaki memungut markah 97.58 peratus untuk mengetepikan cabaran peserta lain manakala johan kategori wanita Farah Nabilah pula melengkapkan bacaan hafazan dengan perolehan markah 95.05 peratus.
Bagi kategori 1-20 juzuk pula kategori lelaki dimenangi peserta dari Sabah,Muhamad Khairul Razikin Abdul Razak yang memperoleh markah 96.45 peratus manakala kategori wanita dimenangi oleh Farihah Zulkifli dari Kuala Lumpur dengan markah 96.18 peratus.
Ahmad Zaki Md Yusof dari Kedah muncul johan kategori lelaki bagi hafazan 1-1- juzuk dengan bacaan markah 97.60 peratus manakala wanita dimenangi oleh Radhiah Ab Rahman dari Kelantan dengan markah 97.21 peratus.
Pada majlis itu, seramai 69 peserta yang terdiri daripada 39 lelaki dan 30 wanita telah mendengarkan bacaan hafazan Al-Quran yang berlangsung dalam dua sesi iaitu pagi dan malam sepanjang lima hari yang berakhir malam tadi.
Setiap peserta akan dinilai menerusi kelancaran hafazan, hukum tajwid,fasohah, suara, persembahan dan tarannum.
Penyertaan dari seluruh negeri itu melibatkan tiga kategori menghafaz juzuk iaitu 1-10, 1-20 dan 1-30 dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM131,000 serta pakej menunaikan umrah dan piala iringan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
BERNAMA
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment