Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, April 10, 2011

PENIPU & YANG MUFLIS KEHILANGAN 'DATUK' ?

Istana Selangor Tarik Semula Gelaran Datuk Chan Kong Choy
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menggantung gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Tan Sri Chan Kong Choy sehingga kes perbicaraan yang melibatkan bekas Menteri Pengangkutan itu dalam skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selesai sepenuhnya.

Istana Selangor turut menarik semula gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing yang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara pada 29 Oktober tahun lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan pada Ahad berkata tuduhan yang dihadapi oleh Kong Choy adalah berat kerana ia melibatkan kepentingan awam dan negara.

Gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Kong Choy akan ditarik balik sekiranya beliau didapati bersalah atau sebaliknya.

Kong Choy dikurniakan gelaran tersebut daripada Sultan Selangor pada 2003.

Pada 28 Februari lalu, bekas Menteri Pengangkutan itu didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek PKFZ.

Beliau merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

Pada 29 Julai, 2010, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal PKFZ melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan tahun lepas.

Sementara itu, keputusan menarik semula gelaran yang dikurniakan ke atas Dr Ting pada 1996 adalah disebabkan beliau bukan individu yang sesuai untuk menyandang gelaran ‘Datuk’ selepas diisytiharkan muflis.

Pembatalan gelaran tersebut berkuat kuasa pada 24 Mac lalu.

No comments: